|
Petaling Jaya– Luluh hati pengguna media sosial apabila melihat beberapa keping gambar yang memaparkan kedaifan sebatang jalan raya dipercayai di Pasir Mas, Kelantan.
Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Kelantan State, kelihatan jalan raya tersebut pecah pada bahagian tepi dan terdapat lubang besar hampir semua tempat. Lebih menyedihkan ada sesetengah lubang tersebut telah ditampal sendiri oleh penduduk menggunakan baju ‘bundle’ (terpakai). Kosmo! difahamkan, foto tersebut diambil sendiri oleh penduduk kampung, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila foto itu dirakam. “Assalamualaikum admin, ini gambar jalan kampung saya, teruk admin, jalan pun tutup lubang pakai baju ‘bundle’ (terpakai) je. “Lokasi Jalan Bukit Perah ke Cabang 4 Batu Karang. Kawasan daerah Pasir Mas, bawah Parlimen Rantau Panjang, DUN (Dewan Undangan Negeri (Bukit Tuku), ” tulis seorang penduduk kampung. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial sedih melihat kedaifan jalan tersebut dan mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil rakyat di kawasan tersebut bertindak segera sekiranya aduan itu benar. “Paling sedih tengok lubang tutup dengan baju bundle tu, tolong panjangkan aduan ini kepada pihak PBT dan wakil rakyat dengan segera,”tulis Aiman Mohd. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tok Dalang Dikir. “Biasalah jalan kampung, YB, wakil rakyat, pengarah, orang besar (VIP) tak lalu, semua pejam mata. Kesian penduduk kampung, patut YB kawasan ambil cakna hal ini,”ujarnya.-CARI Sumber: Kosmo
|



TeropongThaico replied at 21-1-2022 11:22 AM
Katanya sana ramai yg kaya raya. Tauke timbang kati yg pendapatan juta2 sehari. Tak kan tak leh tlg ...


shernazz replied at 22-1-2022 07:29 PM
Kan..
Pastu viralkan
Sure lebih popular dan.makin laku produknya
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.415275 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.