CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Dan Kerat Mayat Teman Wanita, Sumbat Dalam Peti Ais

21-1-2022 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1137| Komen: 3

New Orleans: Seorang lelaki di Louisiana, Amerika Syarikat dituduh kerana memukul dan mencekik teman wanitanya sehingga mati sebelum memotong dan memasukkan tubuh mangsa ke dalam peti sejuk di dalam sebuah bas.


Benjamin Beale, 34, dituduh membunuh Julia Dardar selepas mayat wanita berkenaan ditemukan di dalam bas di luar rumah yang mereka diami.

Mahkamah menetapkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak 1 juta pound sterling (kira-kira RM5.7 juta).

Pertuduhan itu dibuat selepas bedah siasat terhadap wanita berusia 36 tahun itu.


Beale dan Julia, Foto:Nola.com


Julia yang memiliki dua anak dikatakan sudah berpisah dengan suaminya, sebelum tinggal bersama Beale.

Bekas suaminya, Micah membuat laporan kehilangan wanita itu beberapa hari sebelum sambutan Hari Natal.

Ia selepas rakannya terserempak dengan Beale yang memandu kereta sendirian tanpa Julia, lapor Nola.com.

Micah memaklumkan pihak berkuasa, dia bimbang sesuatu berlaku kepada Julia yang berdepan dengan ketagihan syabu.

Siasatan polis terhadap Beale pada mulanya tidak berhasil, selepas lelaki itu mendakwa Julia sudah berpindah.

Ketika penggeledahan, polis menemui badan tanpa kepala, kepala, tangan dan bahagian badan lain. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 21-1-2022 01:50 PM
betol2 hero la bleh bunuh cara mcm ni. hero pembunuhan. tu pn jgnn org barat ni dah bunuh mvm ni pn Islam tetap terrorist. hihi
Quote fealefea 22-1-2022 10:11 PM
Bagosnye ex laki masih concern. Ni mesti julia ni punca diorg bercerai.
Quote sukacactus 22-1-2022 11:35 PM
Kaki syabu...patut la mata masing2 kuyu lebam je

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062945 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top