CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aksi Melutut Dan Berdoa, Suki Low Tak Boleh Dedahkan Siapa Individu Itu

21-1-2022 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5910| Komen: 23

Mengakhiri persembahannya dengan tangisan, penyanyi Suki Low, mengaku terlalu terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan sebak semasa menyampaikan lagu Tanpa Kekasihku di pentas separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) tempoh hari.


Menurut Suki, perasaan itu membelenggu dirinya kerana sepanjang persembahan dia teringat akan seorang individu yang penting kepada dirinya namun telah tiada.

Foto: IG

“Aksi saya melutut itu ketika membuat persembahan tempoh hari itu pun bukan di dalam perancangan saya dan sepatutnya berdiri saja sepanjang masa. Tetapi itu terjadi ikhlas dari hati saya.

“Saya berdoa untuk seseorang yang telah meninggalkan saya dan keluarga. Saya berharap dia akan menemui ketenangan di sana dan berharap untuk bertemu dengannya suatu hari nanti.


“Saya minta maaf sangat-sangat, saya tidak dapat mendedahkan siapa individu tersebut kerana ia terlalu berat untuk kedua ibu bapa saya tetapi apa yang saya boleh kongsikan, dia amat rapat dengan keluarga kami,”katanya.



Suki berkata demikian ketika ditemui selepas menamatkan persembahan pada konsert GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, baru-baru ini.

Selain itu, Suki juga memohon maaf kerana menghampakan peminat yang begitu optimis sejak masuk ke dalam program realiti ini untuk membuat persembahan yang terbaik.


“Sebenarnya minggu ini ia seperti roller coaster dan boleh dikatakan, segala persiapan persembahan bagaikan tidak lancar.

“Saya minta maaf kerana telah mengecewakan anda semua. Sudah tentu saya tidak mahu ia terjadi.

“Kalau ada salah dan silap sudah tentu saya yang bersalah sebab saya merupakan seorang individu yang inginkan terbaik kepada persembahan saya. Saya harap saya dapat lakukan yang terbaik masa peringkat akhir nanti” katanya.



Dalam pada itu, Suki tidak menolak, selepas GV8 melabuhkan tirainya pada minggu hadapan, apa yang paling dirindui ialah persembahan bersama-sama rakan peserta serta keriuhan sorakan peminat yang hadir memberi sokongan.

“Keluarga GV8 ini juga antara sebab saya sebak. Sebelum ini bila ada peserta yang tersingkir, kami semua terasa seperti kosong. Tetapi itu adalah normal dan merupakan adat pertandingan.




“Yang paling penting saya harap selepas pertandingan ini kami akan terus saling berhubung. Semuanya berlalu dengan pantas.

“Saya sebenarnya jenis yang suka duduk di rumah jadi selepas ini saya akan merindui untuk ke PICC, buat persembahan di atas pentas yang sangat besar dan menyeronokkan, rakan-rakan serta media yang ramai macam ini” katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 21-1-2022 08:47 AM
Sapa yg dimaksudkan tu cuollss ? Spill the tea pls
Quote princessmiang 21-1-2022 08:49 AM
u go girl! harap2 pemenang antara suki dan nikki. meluat baca pemenat2 awera dan putik dok menggeletis. geli nak mampos
Quote wordlife 21-1-2022 08:54 AM
bukan abang dia ke?
Quote miss_strangers 21-1-2022 09:07 AM
Nikki ada bgtau budiey, suki ni masuk final sebelum ni sbb suki ni jenis berani n berfikir..Nikki mmg tertunggu2 performance  suki sbb suki ni berani take risk...amoi ni mmg kreatif...
Quote prince_marhaen 21-1-2022 09:21 AM
harap-harap tak Suki, Nikki yang juara.... bukan Wera Feeling Superstar atau Alip Putik Enoki Laki Bella Rempit.
Quote lasagna 21-1-2022 09:27 AM
prince_marhaen replied at 21-1-2022 09:21 AM
harap-harap tak Suki, Nikki yang juara.... bukan Wera Feeling Superstar atau Alip Putik Enoki Laki B ...

ya btul tu, compare to her, iols pun prefer Nikki ya! tak mau kesah lama berulang kali trjd masa sheol menang OIAM dulu.. tak mau tak mau!
Quote babelina 21-1-2022 10:49 AM
suki nie nyanyi sedap.. aku suka..
Quote stingerkitkat 21-1-2022 10:49 AM
babelina replied at 21-1-2022 10:49 AM
suki nie nyanyi sedap.. aku suka..

4th placing in the final nanti.......
Quote babelina 21-1-2022 11:01 AM
stingerkitkat replied at 21-1-2022 10:49 AM
4th placing in the final nanti.......

hrp2 suki dpt tmpt lg baik la final nanti..
Quote stingerkitkat 21-1-2022 11:03 AM
babelina replied at 21-1-2022 11:01 AM
hrp2 suki dpt tmpt lg baik la final nanti..

Hadiah tempat ke4 dia dah collect macam mana nak tukar placing?

Ini semua kheun dah diatur macam aku cakap early early lagi...cuma the top two spot aja be decided pada malam final
Quote princessmiang 21-1-2022 11:11 AM
prince_marhaen replied at 21-1-2022 09:21 AM
harap-harap tak Suki, Nikki yang juara.... bukan Wera Feeling Superstar atau Alip Putik Enoki Laki B ...

Stuju! meluat baca komen2 pemenat putik dan wera... padahal pasni masuk kubur semula... sebijik perangai pemenat naqiu dan hady mirza..reincarnated roh bergentayangan mencari mangsa
Quote kakigojes 21-1-2022 02:24 PM
Mata I je ke yang rasa Suki punya baju (and Nikki) lawa2 juga kat GV
Quote awenda507 21-1-2022 03:11 PM
go suki go!!
Quote mizruncing 21-1-2022 03:21 PM
tak kisah laa janji performance mantapp
Quote meteorspeed 21-1-2022 03:21 PM
stingerkitkat replied at 21-1-2022 11:03 AM
Hadiah tempat ke4 dia dah collect macam mana nak tukar placing?

Ini semua kheun dah diatur macam  ...

Perform pun belum. Celah maan dah tau tempat ke 4
Quote adeqbun 21-1-2022 04:18 PM
lawanye body die..tu je nak ckp
Quote makadek 21-1-2022 04:21 PM
Aik tibeh putik di caci keji
Quote missbigrockstar 21-1-2022 04:30 PM
kakigojes replied at 21-1-2022 02:24 PM
Mata I je ke yang rasa Suki punya baju (and Nikki) lawa2 juga kat GV

Mmg cantik baju depa dua. Badan depa pun slim slender pakai apa pun kena.
Anyway, Suki pure chines atau berdarah Borneo? Bila dah mekap comel manis rupa dia.
Quote stingerkitkat 21-1-2022 06:27 PM
meteorspeed replied at 21-1-2022 03:21 PM
Perform pun belum. Celah maan dah tau tempat ke 4

Lower placing perhaps ....higher?

Eerrrrrrr...eeerrrrrrrr

Kahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046503 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top