CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Kenapa Tak Bagi Banglo, Penthouse? – Bung Mokhtar Sindir Khalid Samad

21-1-2022 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3088| Komen: 33

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad disindir oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung isu poligaminya ketika berbahas dalam mesyuarat khas penggal keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat.


Ketika itu, Khalid sedang menjelaskan bahawa beliau sememangnya berada di Shah Alam ketika banjir melanda Selangor pada 18 Disember lalu, sekali gus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.


Foto: Google

“Shah Alam dilanda banjir pada 18 Disember dan pada hari itu saya telah uruskan masalah seorang ayah yang kehilangan sembilan ahli keluarganya dalam kemalangan jalan raya, itu semua orang baca.


“Saya nak uruskan jenazahnya, penempatan keluarga datang dari Melaka, nak ziarah dan sebagainya, terperangkap dengan banjir, nak balik pun tak boleh, hotel semua penuh,” katanya.

Namun, Bung Moktar bangkit mencelah: “Sebab itukah Shah Alam tidak berada di kawasan banjirlah, sebab mengurus hal lain?

“Itu di Shah Alamlah,” balas Khalid. “Kamu faham tak, itu berlaku di Shah Alam, kemalangan pasal hujan lebat nak banjir, sembilan ahli keluarga meninggal. Don’t make fun of this, Kinabatangan, ini bukan jenaka,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau bergegas ke gedung sukan, Decathlon untuk membeli kayak.

“Saya masih di Shah Alam. Esok harinya 19 Disember, waktu pagi saya ke Decathlon. Saya nak beli tiga biji kayak, tapi dia benarkan saya pakai dulu.

“Dia kata kamu pakai dulu sebab tengah banjir, kalau lepas banjir dah tak nak…pulangkan, sebab dia anggap pinjam, saya ucap terima kasih, inilah sikap begitu bersungguh-sungguh mahu membantu,” katanya.

Namun, Bung Moktar menyindir Khalid: “Bagilah banglo ke, penthouse ke…kan bagus. Kamu bukan ada di kawasan pun.”

Khalid kemudian menjelaskan bahawa pusat operasi banjir Shah Alam membuka empat dapur rakyat bagi membekalkan hampir 3,000 makanan sehari seminggu.

Namun, Bung Moktar sekali lagi menyindir Khalid: “Bagilah banglo…kalau banglo boleh bagi, apa pula makanan,” katanya.

Khalid kemudian kelihatan berang, apabila beliau mula meninggikan suara.

“Saya cabar Kinabatangan dan Perdana Menteri, ulangi tuduhan bahawa saya hilang dari radar Shah Alam pada hari banjir, ulangi di luar. Tak perlu tunjuk hero dalam dewan,” katanya.

Bung Moktar sekali lagi mencelah: “Tapi radar menyatakan Shah Alam memang hilang,” katanya.

Khalid membalas: “Buatlah sidang media di luar, jangan berselindung di sebalik Dewan, imuniti dewan, jangan jadi pengecut,” katanya.

Ketika Khalid dan Bung Moktar  ingin teruskan perbalahan, mikrofon kedua-dua ahli Parlimen tersebut ditutup oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, namun beliau mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih Yang Berhormat kerana membawa kita keluar dari kebosanan petang hari,” katanya. 

Sebagai info, Khalid Samad sebelum ini bersetuju menyerahkan banglo dan penthouse kepada isteri pertama sebagai syarat untuk kebenaran berpoligami.– CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 21-1-2022 09:25 AM
politik di Malaysia..yg dlm kain semua kuar..
Quote xy_daen 21-1-2022 09:27 AM
Edited by xy_daen at 21-1-2022 09:28 AM

Tak bodoh bukan MP BN la...
Quote chandrahusin 21-1-2022 09:29 AM
Bung jgn lawak
karang org throwback kisah Bung plk
Quote Samerosie 21-1-2022 09:32 AM
Si bung ni pun kalau kena kat dia tau plak ckp english.  I think si khalid ni was right to remain calm menjawab taunts si Bung.  Masa kau nak kawin si zizizetzet dulu tu apa kau kasi bini tua mu Bung? Surat cerai je ke?
Quote Suchi 21-1-2022 09:35 AM
Ni kira mcm personal attack kah?

Pelik2 ahli politik bergaduh dlm parlimen mcm budak2.
Tinggal tak kuar lg memaki sesama sendiri mak kau hijau je.
Quote KamikuP 21-1-2022 10:40 AM
Bodoh kan ahli politaik msia ni.. jahanam semua
Quote SedihPedih 21-1-2022 10:44 AM
apetah bodo argument si bung ni... mcm budak2 kelas belakang aja, sindir takde point
Quote tripleid 21-1-2022 10:47 AM
sbb MP bangang low class cam laki zizie ni lah Parlimen kena cop mcm Zoo
Quote TabletSusu 21-1-2022 10:50 AM
Samerosie replied at 21-1-2022 01:32 AM
Si bung ni pun kalau kena kat dia tau plak ckp english.  I think si khalid ni was right to remain ca ...

si bung ni dulu kawen dgn zizi bkn senyap2 je ke? ala2 takut binik gitu
Quote TeropongThaico 21-1-2022 11:02 AM
Bongok.... Ingat thaico sgt takat sindir gitu. Yg janda sendiri dpt adik senyap2 apa cerita. Dpt adik dpt surat cerai.. . Apo.
At least KS ni ada gak bg reta pd bini sblm bg adik. Nak kawin baru pun idak le tersorok2
Quote mama2b 21-1-2022 11:23 AM
https://www.malaysiakini.com/news/134286  

kot2 bung lupa hal dia dulu2
Quote gigi 21-1-2022 11:24 AM
oooo BUng.....kes kau tu wat2 lupa pulak.......hang pon sama je kawin retis
Quote ~boolean 21-1-2022 12:22 PM
kenapa bung sibuk pasal kawasan orang lain padahal kawasan dia berganda2 lagi jahanam dari shah alam yang maju tu..
Quote iman_kasih 21-1-2022 12:28 PM
Bung ni kalau dlm parlimen memang suka tunjuk kebodohan dia.  Memang tak boleh nak buat apa dah. Bab2 perli tu memang serah je kat dia. Memang makanan dia.
Quote epal_putih 21-1-2022 12:30 PM
cam la tempat babungsssssssssssss dah maju gila sekarang
kes dia guane
Quote sharlenetexas 21-1-2022 12:31 PM
Kang terlondeh segala dlm seluar bungbung baru tau.


Quote stingerprincess 21-1-2022 12:34 PM
Suchi replied at 21-1-2022 09:35 AM
Ni kira mcm personal attack kah?

Pelik2 ahli politik bergaduh dlm parlimen mcm budak2.

kepala bapak dan pokemeun itteww bukan memaki kewww?

[youtube]BBFqI6d8LcY[/youtube]

Quote naina 21-1-2022 12:34 PM
Bung ni xsedar diri ke apa
Dia langsung xgentleman kawen senyap2
Dah kantoi naik turun mahkamah
Yang ni kira oklah..serah harta siap2 sebelum kawen. Ko apa ada? Makan rasuah pun kuat.
Merepek betol dia ni
Quote seri_mawr 21-1-2022 03:58 PM
2nd wife khalid artis jua ke..?

siapakah..?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061356 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top