Sebuah video tular di media sosial, melibatkan dua pemuda yang bertindak masuk ke dalam kawasan sawah padi dan berpura-pura mencabut rumput kerana mahu mengelak daripada disaman oleh anggota polis.
Menurut laman berita Suara.com, mereka kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal.
Dua lelaki tersebut dilihat menanggalkan selipar mereka di atas tanah dan pergi ke sawah padi dan berpura-pura sedang berkerja. Mereka juga berpua-pura tidak dengar apabila dipanggil oleh anggota polis itu.
Kejadian tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Diatas motosikal nampak berani, dikejar polis terus jadi petani,’’ tulis seorang netizen. “Panik tak, panik tak,” tulis netizen lain. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|