Jakarta – Ahli keluarga pemilik makam yang dinamakan sempena karakter kartun Malaysia, Upin Ipin tampil memaklumkan bahawa kedua-dua arwah tiada kena mengena dengan siri tersebut, lapor Suara.com.
Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih. Dua kanak-kanak itu bukanlah kembar seperti yang dilaporkan sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri. “Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.
“Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia,” jelas Limiyadin. – Minggu lalu, media sosial digemparkan dengan penemuan dua makam kecil yang bertanda nama Upin Ipin yang terletak di Palu, Sulawesi Tengah. – CARI Sumber: Kosmo
|
Minami2013 replied at 20-1-2022 02:34 PM
Indon.. what to expect
rbmy replied at 20-1-2022 06:37 AM
indon yg pelik2.
tp kalo ko pi konsulat pastu terlepas perkataan indon.. kena marah tau oleh petug ...
VioletsAre_Blue replied at 20-1-2022 04:15 PM
2000 dah ada ke upin ipin?
ADVERTISEMENT