|
Siapa sangka pada tahun 2004, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sirim Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad pernah berkerjasama dengan orang terkaya dunia, Elon Musk.
Menurut Mstar, perkara ini diceritakan sendiri oleh Ahmad Sabirin yang memberitahu kisah di sebalik foto bersama orang terkaya di dunia yang dimuat naik di akaun Facebook beliau baru-baru ini. Katanya, dia menghubungi Musk pada Krismas tahun 2003 untuk meneroka kemungkinan melancarkan satelit ke Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO).
Dia juga berkata, "memandangkan kebanyak kenderaan pelancar tidak pergi ke orbit rendah bumi sebaliknya beroperasi di orbit polar, saya sangat teruja apabila dia berkata ya dan bersetuju untuk melakukannya." Ahmad Sabirin kemudiannya pergi ke pejabat Elon Musk di El Segundo, California untuk berbincang mengenai projek kerjasama mereka. Untuk pengetahuan anda, Ahmad Sabirin pernah duduk di El Segundo pada tahun 1996 ketika beliau menjadi antara perintis kumpulan jentera untuk pembangunan satelit MEASAT-1 di Hughes Aircraft Company, kini dikenali sebagai Boeing. Dia telah berjumpa dengan Elon Musk beberapa kali dan membuat keputusan untuk melancarkan RazakSAT dari Kwajalein Atoll di kepulauan Marshall di Lautan Pasifik. Ahmad Sabirin memberitahu kepada Elon bahawa dia perlu menunjukkan hasil kejayaan kenderaan pelancar Falcon 1 terlebih dahulu, tiga pelancaran pertama Falcon 1 telah gagal. Kegagalan itu sangat teruk sehingga syarikat Elon hampir muflis kerana kos yang ditelan untuk projek Falcon 1 itu.
Walaupun ada beberapa masalah teknikal dan kelewatan tetapi RazakSAT telah berjaya dilancarkan pada 14 Julai 2009 yang masih lagi kekal di angkasa lepas sehingga kini. Ahmad Sabirin berkata di posting Facebook beliau, "Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Kita Boleh!" ujarnya yang mengetuai kumpulan jurutera untuk mereka bentuk, membangun, melancar dan pengoperasian RazakSAT. -CARI |
tumpanglalu74 replied at 20-1-2022 10:08 PM
Ape nak heran. Mason mulayu lattew..
sharlenetexas replied at 20-1-2022 10:30 PM
Tak kot. Lama dia kat astronautic. Dah berapa kali pindah ofis.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 01:35 PM GMT+8 , Processed in 1.124712 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.