|
Petaling Jaya – Dua ekor kuda kelihatan kelaparan serta kurus dipercayai terlepas dari kandang dan berlegar-legar di kawasan Bukit Ampang.
Berdasarkan sebuah video berdurasi 16 saat yang dikongsikan di media sosial Facebook, @RizalFirman, Rizal menggesa tuan kepada kuda berkenaan mengambil segera kerana kasihan terhadap kuda tesebut kelaparan sehingga memakan sampah. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa marah kerana kuda tersebut rupanya sudah berkali-kali berada di kawasan itu. “Lama dah kuda tu di situ, bertukar ganti dengan lembu kadang lembu kadang kuda, kesian semua kurus je tengok kelaparan. Mana-mana yang berkesempatan tu beli la apa patut bagi kuda ni makan walaupun tidak tahu bertuan ke tak tapi sedekah kat haiwan tu kesian cari makan sampai makan sampah,” jelas @Idilrothmans.
“Dah banyak kali ni, lembu pun ada. Saya pernah hampir terlanggar waktu hujan,” ujar @AqilHaris. “Ada bertuan kot ni, saje bagi lepas. Selalu dekat situ, lembu ada, kuda ada, monyet ada, burung merpati pun ada. Boleh la bawa anak-anak tengok binatang percuma depan mata. Saya ada juga bawa roti untuk beri haiwan tersebut makan,” kata @arbaiyahbeepeace. – CARI Sumber: Kosmo
|
keane.somewhere replied at 20-1-2022 01:37 PM
Kuda ni bagus jual je kalau x nk...bagi kat kitorg orang Sabak Bernam.
Decaffeinated replied at 20-1-2022 02:36 PM
Orang Sabak Bernam buat apa dengan kuda tua?
keane.somewhere replied at 19-1-2022 09:37 PM
Kuda ni bagus jual je kalau x nk...bagi kat kitorg orang Sabak Bernam.
makadek replied at 21-1-2022 12:31 AM
Jawa sabak kerteww bawak2 bertobat ye dekkk ....nanti habis org sabak tak dapek membiak

Dwdrum replied at 20-1-2022 11:39 PM
Nampak seperti pony dari right size kuda (horse) sis...
makadek replied at 21-1-2022 10:05 AM
Aku bukan malay ye
Tgk avatar aku tu dekkkkkk

makadek replied at 21-1-2022 10:08 AM
Sajalah nak riak kat kooo
Moyang aku yg dtg dr tanah benua ada
Buat perkampungan kt sabak nuh

makadek replied at 21-1-2022 10:12 AM
Yg penting2 amit2 keturunan aku bertembung dgn ngko ye dek
Aku nk keturunan aku membiak dn rolling ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.295748 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.