Kuala Lumpur – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus dibanjiri dengan permintaan rakyat yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan sekali lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Rata-rata rakyat dilihat meluahkan kesusahan mereka terutamanya yang menjadi mangsa banjir selain mengharapkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 sebagai ‘modal’ memulakan kehidupan baharu. “Tolong benarkan KWSP RM10,000, kami perlukan kerana menjadi mangsa banjir, boleh jadi wang untuk mulakan kehidupan baharu,” jelas Mii Syariqah.
“Saya kena banjir, saya juga Covid-19, tolong benarkan pengeluaran RM10,000,” kata Wan Ismail. “KWSP hak kami dan hak rakyat, hasil titik peluh kami, jangan buat tidak tahu,” ujar Ali Ismail. Berdasarkan aturan urusan mesyuarat hari ini, hanya satu agenda ditetapkan iaitu berkaitan penerangan banjir, dengan sesi dimulai Ismail Sabri yang memberi penerangan mengenai situasi bencana banjir melanda negara baru-baru ini. Kemudian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, yang mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), akan memberikan penerangan mengenai pengurusan bencana banjir. Ia seterusnya diikuti Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berhubung bantuan banjir. -CARI Sumber: Kosmo
|
Jamil_Abu replied at 20-1-2022 12:22 PM
xde apa2 update pun td masa Zafrul berucap. diam tak berkutik pasal one-off ni. Harap semua rakyat b ...
pu3_rania replied at 20-1-2022 12:58 PM
Sekarang ni MAIL & ZAFRUL boleh lah guna kuasa besaq dan tunjuk keras kepala sampai kan ZAFRUL blo ...
silencekiller replied at 20-1-2022 01:33 PM
Inilah hasil didikan bangang ... mentalti subsidi.. ke hulu ke hilir kununn "duit kami" ... depa ing ...
silencekiller replied at 20-1-2022 01:33 PM
Inilah hasil didikan bangang ... mentalti subsidi.. ke hulu ke hilir kununn "duit kami" ... depa ing ...
pu3_rania replied at 20-1-2022 12:58 PM
Sekarang ni MAIL & ZAFRUL boleh lah guna kuasa besaq dan tunjuk keras kepala sampai kan ZAFRUL blo ...
umbut replied at 20-1-2022 01:46 PM
Exactly.. Dah bagi sekali nak lagi nak lagi dan lagi.. Tak dapat keluar meroyan.. Dah tua xda duit ...
tobobon replied at 20-1-2022 01:34 PM
Actually ramai mcm ni..depa2 ni siap cadangkan tutup jerla kwsp
ADVERTISEMENT