|
Memuat naik sedutan muzik video lagu baharu berjudul Bak Zaman di media sosial, Baby Shima terkejut apabila ada penonton yang mendakwa terlihat bayangan misteri dalam rakaman berkenaan. Berkolaborasi dengan Fairuz Misran, kata Shima, dia sendiri tidak tahu minit keberapa penonton dapat melihat kelibat berkenaan.
"Saya jadi seram pula apabila ramai yang mengatakan melihat jelmaan misteri dalam MV lagu itu. "Apabila penonton kecoh dengan perkara itu, saya dan pengurusan menonton semula MV berkenaan tetapi tidak melihat sesuatu yang pelik," katanya. Memetik laporan Mstar, Shima bagaimanapun mendedahkan ada beberapa kru produksi yang terkena gangguan mistik ketika menjalani penggambaran MV itu pada hujung tahun lalu. "Ketika penggambaran sedang berjalan, jurumekap dan produser terkena gangguan hingga memerlukan bantuan ustaz untuk pulihkan keadaan. "Lokasi penggambaran itu di sebuah kilang di Puchong. Saya tidak mengalami gangguan walaupun rasa seram juga sesi penggambaran dari pagi sampai ke malam. "Tidak sangka pula selepas MV sudah dimuat naik di YouTube timbul pula isu ini," katanya. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.101283 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.