CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dafi Luah Rasa Sayang Dekat Papa Sempena Hari Jadi, Netizen Usik Bila Nak Bawa Calon Isteri?

20-1-2022 11:16 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 736| Komen: 0|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Dafi 

Baru-baru ini Perdana Menteri kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62 tahun. Kita dapat melihat kebanyakan media sosial meriah dengan pelbagai ucapan yang mendoakan kesejahteraan Perdana Menteri kita. 


Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri kelihatan juga turut memberi ucapan selamat ulang tahun buat ayahnya di akaun Instagramnya.

Sumber: Instagram Dafi

Menerusi posting tersebut, kelihatan gambar Dafi yang segak mengayakan baju Melayu hitam dan lengkap bersampin bersama ayahnya. Tambah Dafi, dia sangat menyayangi ayahnya.


 Melihat ke ruangan komen posting Dafi, terdapat netizen yang turut mengambil peluang dan memberikan ucapan hari lahir kepada Perdana Menteri kita. 


Ada netizen yang mengusik Dafi supaya mencari menantu untuk ayahnya. Semua seakan-akan tertanya-tanya bila agaknya Dafi nak berkahwin? 

Sumber: Instagram Dafi

Dafi juga pernah 'diusik' oleh ayahnya yang meminta supaya Dafi membawa calon isteri secepat mungkin. 


Usikan tersebut dibuat tahun lalu ketika sambutan ulang tahun kelahiran Dafi. 


Namun, Dafi dengan tenangnya memberitahu dia enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu fokus kepada kariernya. Dafi menyerahkan soal jodoh kepada ibu bapanya untuk memilih yang terbaik untuknya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.128803 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top