CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kena Tangguh Bayar Gaji Pekerja, Fazren Rafi Dedah Dilema Berniaga Di Kantin

20-1-2022 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2572| Komen: 17

Pelakon dan usahawan, Fazren Rafi mengakui dia sebenarnya berasa agak berat hati apabila terpaksa menangguhkan tempoh bayaran gaji untuk para pekerjanya.

Menurut Fazren, sepanjang enam tahun menjalankan bisnes makanan di kantin, ini adalah kali pertama dia terpaksa mengambil langkah sedemikian.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama, Spa Q ini berasa amat bersyukur kerana dikurniakan pekerja-pekerja yang amat memahami mengenai situasi yang sedang dialaminya ketika ini.


Foto: IG

“First time dalam sejarah hidup Faz, enam tahun berniaga kantin Faz jumpa dengan semua pekerja mintak lewat bayar gaji. Nasib baiklah diaorang semua okay dan memahami.


“Sekarang ni duit masuk susah, duit tak masuk lagi lah susah. Faz yakin semua yang tengah berniaga luar sana mesti lalui benda yang sama. Tak cukup nak rolling ditambah pula pekerja yang susah nak dapat dan semua ganji tinggi,” tulisnya.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.



Katanya lagi, dia juga kini berasa agak terbeban dengan harga barangan basah dan kering yang disifatkan agak melampau sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, sebagai pengusaha kantin, Fazren turut mendedahkan dia sebenarnya tidak gemar untuk mencatu atau mengurangkan kualiti makanannya semata-mata untuk menjimatkan kos.

“Pendapatan turun naik, harga-harga barang tak dapat nak dijangka. Barang-barang kering dan basah dekat luar pun kalau dia naik tak ingat dunia. Ada yang susah nak dapat contoh minyak paket dan now telur pun boleh tak ada stock.

“Inilah cabaran berniaga. Part paling Faz tak suka kira-kira bil sebab takut nanti berkira dengan makanan. Ayam jangan letak besar sangat. Sambal kurangkan. Masak cair-cair sikit. Benci betul kalau keluar dari mulut kena budjet masa masak. Done luah hahahaaa,” ujarnya lagi.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen faham dengan situasi tersebut selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Fazren.

“Semoga anak-anak yang makan “sedap” akan sentiasa mendoakan awak.

“Same goes to me and my mom. Tahun ni agak perit untuk kami. Tender kantin hampir 16 tahun, terasa sangat barang naik mendadak. Huhhh, sabar je laa.

“Semoga Faz dan team kuat dan sukses inshallah. Rezeki berganda akan datang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.



Sebelum ini, perniagaan Fazren turut dilaporkan terjejas akibat musibah banjir yang melanda beberapa buah kawasan di Selangor baru-baru ini.

Beberapa tempahan katering sempena majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kawasan majlis telah dinaikki air.





Namun, atas dasar perihatin, Fazren telah menyumbangkan makanan-makanan tersebut buat mangsa-mangsa yang terkesan akibat musibah banjir di Meru, Klang. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 20-1-2022 10:53 AM
Kurus betul ya dia sekarang. Suka dia betlakon, xkayu.. muka pon sedap mata memandang. Mana2 perniaga makanan merungut sekarang, especially yg meniaga kat kantin sekolah & pejabat. Kantin ofis aku pon turup terus sebab 50% wfh, pengusaha kantin rugi.
Quote syabee 20-1-2022 10:59 AM
harga barang basah dgn kering yg naik mendadak.. derang ni takle naik harga sesuka hati. terikat dgn kontrak dan kertas kerja... kesian gak pengusaha kantin. cikgu plak merungut jer lauk mahall...makan mahal..

nak murah masak sendiri la
Quote electricopop 20-1-2022 11:00 AM
Heouls elok...
Quote hareeeesah 20-1-2022 11:39 AM
2 3 kali jugak penah jumpa dia mkn ngn family kat kedai. Mmg paling sempoi la dia ni. Niaga kantin pun chill je haa.. stengah tu yg income lagi lebat pun nk merungut. Semoga dipermudahkan urusan & rezeki dia
Quote shernazz 20-1-2022 01:18 PM
syabee replied at 20-1-2022 10:59 AM
harga barang basah dgn kering yg naik mendadak.. derang ni takle naik harga sesuka hati. terikat dgn ...

Member iols cite
Mak.ayah dia dpt tender kantin
Mcm2 cara cikgu nak.makan murah..
Amek makanan budak..letak.lauk kat bawahnya..
Ada yang amek sikit sikit semua...pastu.nak.murah sebab amek.sikit...
Quote Suchi 20-1-2022 02:49 PM
Berderet2 plak cite pasal kantin sekolah, begitu dan begini.
Quote anony-mous 20-1-2022 03:08 PM
shernazz replied at 20-1-2022 01:18 PM
Member iols cite
Mak.ayah dia dpt tender kantin
Mcm2 cara cikgu nak.makan murah..

Kedekut nya cikgu. Gaji cikgu kan mahal. Kesian peniaga maknan & kesian rakyat. Elaun2 menteri mesti naik sbb brg naik kan? I mmg doa sgt berulat2 perut diaorang masa mati esok dipertontonkan dkt umum.
Quote sukacactus 20-1-2022 03:17 PM
Sikit lg milo, sardin pun nak naik rege 8-10%
Haish!
Quote shernazz 20-1-2022 04:20 PM
anony-mous replied at 20-1-2022 03:08 PM
Kedekut nya cikgu. Gaji cikgu kan mahal. Kesian peniaga maknan & kesian rakyat. Elaun2 menteri mes ...

Kan..
Tu lah..maybe ada cikgu yang tak berkira
Tp ada aje cikgu2 yang ambil kesempatan
Dah tersepit antara harga barang dan depa2 neh..
Quote amysuzy 20-1-2022 04:34 PM
I sama sekolah dgn adik wife dia. Pernah tengok wife dia datang sekolah i,masa tu belum kawin lagi la dgn fazreen ni. Cantik sungguh wife dia. School mate i tu pun dah cantik, jadi rebutan kat sekolah. Sekali kakak dia lagi lawa. ????
Quote slyfynx 22-1-2022 09:08 AM
Aku selalu gi kantin, x amik balance, sbb aku sgt takut kalau2 ade air yang aku beli tp lupe bayar.
And aku sgt2 kesian dengan pengusaha kantin skrg.
Dengan budak2 x dtg full, so kalau die buat makanan banyak, nnt berlebih,
Kalau die buat sikit, nnt x cukup.
Quote enot_sibudak 22-1-2022 09:11 AM
anony-mous replied at 20-1-2022 03:08 PM
Kedekut nya cikgu. Gaji cikgu kan mahal. Kesian peniaga maknan & kesian rakyat. Elaun2 menteri mes ...

hahaha.. mmg perangai gitu ada yg sesetengah... nk murah sedappp.tp xkena tekak beli mkn kt luar.... klu kantin dulu bleh la depa ni lebattt.. skrg ni dnegan zaman sekejap pdpr.. sekejap skolah.. masak2... mahal brg2 mentah
Quote enot_sibudak 22-1-2022 09:15 AM
shernazz replied at 20-1-2022 04:20 PM
Kan..
Tu lah..maybe ada cikgu yang tak berkira
Tp ada aje cikgu2 yang ambil kesempatan

kan.. ada ja sentiasa support kantin.. mahal murah rezeki sama kongsi.. lebih kita kongsi dengan yg kurang. xdk masalah.. ego letak tepi zaman skrg.. kdg2 tu eksyen jer lebih sesetengah cikgu.. maaf ya.. bkn smua... ada jabyg xkisah hadap hari2 makanan kantin
Quote fairy_fairy 22-1-2022 09:27 AM
Business F & B sekarang memang challenging. Ada ramai kawan-kawan iols yang tumbang. To those yang masih bertahan, as long as lepas bayar bil, gaji staff, bayar sewa, untung sikit pun dah bersyukur sangat. Yang penting ikhlas jaga quality makanan. Mungkin dari segi duit tak mewah macam dulu tapi boss dan staff masih sihat walafiat. Yang tu lagi penting
Quote stania83 22-1-2022 11:26 AM
dia ni dulu ada kes panas baran..budak um.
Quote midori_katana 22-1-2022 11:35 AM
shernazz replied at 20-1-2022 01:18 PM
Member iols cite
Mak.ayah dia dpt tender kantin
Mcm2 cara cikgu nak.makan murah..

perangai tak semengah ni bukan cikgu pun ada. but ofkos kalau cikgu yg buat mmg nampak teruk bebenar sbb mereka golongan yg perlu terlihat sempurna atau hampir sempurna.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.219548 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top