Sumber: Portal tribunnews Baru-baru ini Indonesia digemparkan dengan satu kes pembunuhan di mana seorang lelaki tergamak menikam isterinya sebanyak 14 kali kerana marah dan berang dengan tindakan isterinya itu yang dikatakan selalu ‘membebel’ dan ‘memaksanya’ mencari kerja.
Menerusi laporan daripada portal Tribunnews, pembunuhan ngeri itu berlaku di rumah sewa suspek, Khanifah dan isterinya, Indah Safitri di Semarang Barat, Jawa Tengah, Indonesia.Melalui laporan yang ditulis, sebelum pembunuhan itu berlaku, suspek dan mangsa bertengkar di mana wanita itu memarahi suaminya kerana malas mencari kerja dan sering duduk di rumah dan 'tidak buat apa-apa'.Sumber: Portal tribunnews Khanifah dikatakan tidak mahu mencari kerja dengan alasan dia mengalami masalah kesihatan kerana kemalangan yang pernah dilaluinya beberapa tahun yang lalu. Tambahan pula, Khanifah berkata dia sering mengalami migrain dan hal tersebut secara tidak langsung membataskan fokusnya untuk bekerja seperti orang lain. Oleh itu, dia meminta kepada mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan mengenai sakit kepalanya tetapi mangsa dikatakan terus memarahinya kerana menjadi penganggur dan disebabkan itu Khanifah mula terasa hati dengan isterinya dan menyimpan dendam. Sumber: Portal tribunnews "Akhirnya saya bunuh isteri saya" Melalui laporan yang diulas, suspek mengaku dia telah meminta isterinya untuk membunuhnya kerana sakit kepalanya itu tidak akan sembuh semasa pertengkaran berlaku. Tetapi lain pula yang terjadi apabila isterinya yang dikatakan kecewa tiba-tiba meminta suspek membunuhnya. Menurut sumber, isterinya dikatakan sempat menjerit meminta tolong kepada jiran-jiran. "Ya, memang isteri saya minta dibunuh dan akhirnya saya bunuh isteri saya." Khanifah kemudian pergi ke rumah ibu mertuanya untuk menjemput anak bongsunya. Menurutnya, dia tahu isterinya itu sudah meninggal akibat ditikam olehnya dan disebabkan itu dia membawa anak bongsunya ke tempat lain kerana tidak mahu anaknya itu pulang ke rumah dan melihat mayat ibunya. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bahawa Khanifah itu telah menikam isterinya sebanyak 14 kali dan bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun atau lebih. -CARI |
Suchi replied at 20-1-2022 02:41 PM
Tu pasal iols ckp ritu lelaki sana suka bunuh bini utk hal2 yg remeh.
Pastu mesti nak salahkan mangs ...
ADVERTISEMENT