Muat naik terkini bekas jaguh sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di Instagramnya menarik perhatian orang ramai terutama peminat atlet itu sendiri.
Chong Wei berkongsi momen kekalahannya di Olimpik Beijing pada tahun 2008 di tangan pemain dari China, Lin Dan membuatkan bekas jaguh sukan negara pada waktu itu mempersoalkan kebolehan dirinya sendiri kerana mengalami kekalahan yang teruk. Bekas atlet ini juga mendedahkan waktu itu, dirinya menerima panggilan dari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang waktu itu adalah Menteri Sukan Negara. Menurut Chong Wei pesanan serta dorongan diucapkan Ismail waktu itu menaikkan semangat dirinya.
“Ramai tanya bagaimana Chong Wei dapat tahan menghadapi bertubi-tubi kekalahan di pentas akhir temasya dunia. Jawapan mutlak Chong Wei, “Dorongan segala lapisan masyarakat.” Di Olimpik 2008 Beijing, di tanah Lin Dan.. Final. Saya kalah teruk 21-8, 21-12. Pernah masa tu disoal sendiri. “Mungkinlah ini nasib gua.” “Mampukah Chong Wei terus berbakti kepada Malaysia?”
“Namun apabila panji dinaikkan semasa sesi pemberian pingat, Chong Wei merenung Jalur Gemilang yang sekadar menemani bendera China. “Biar saya cuba. Selagi mampu, Chong Wei akan terus cuba.. Cuba untuk menaikkan bendera Malaysia satu tahap atas lagi” ulasan dalaman Chong Wei saat tu. Sekembali ke dressing room, selepas berbual ngan keluarga tersayang. Coach menghulurkan handsetnya “Chong Wei, ambil call ni.” “Thank you Chong Wei. Jangan putus asa. Seluruh Malaysia berterima kasih atas pengorbananmu dan don’t give up”. Ia panggilan dan pesanan daripada Menteri Sukan masa tu, Datuk Seri Ismail Sabri. Dorongan sebegitu amatlah penting kepada atlet-atlet Malaysia," tulisnya Dalam perkongsian itu, Chong Wei juga menitipkan ucapan istimewa buat Perdana Menteri yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62 semalam dengan pesanan yang bermakna.
“Hari ini, Chong Wei ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Datuk Seri @ismailsabri60 . Happy Birthday, Datuk Seri Ismail Sabri. Anda merupakan seorang leader yang amat disanjungi Chong Wei. Semoga Malaysia akan kembali maju, padu dan masyuk atas kepimpinan anda,” tulisnya lagi Melihat ucapan bekas atlet negara itu, Perdana Menteri dan menantunya Datuk Jovian Mandagie memberi ucapan di ruangan komen posting tersebut. “Thank you very much brother,” komen Perdana Menteri. “Very good brother Chong Wei,” komen Jovian. -CARI Sumber: Murai.my
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|