CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Trauma Tiga Kali Keguguran, Syatilla Melvin Jaga Perangai

20-1-2022 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2018| Komen: 11

Syatilla Melvin, 31, yang kini hamil lima bulan mengakui pengalaman mengalami keguguran tiga kali sebelum ini meninggalkan impak mendalam buat dirinya.

Syatilla berkata, pengalaman itu banyak mengajar dirinya supaya menjaga tingkah laku dalam segala aspek.

Foto: IG

"Saya pasti setiap wanita yang pernah berdepan dengan keguguran pasti sentiasa teringat akan perkara itu. Jadi, bila ada rezeki hamil lagi, saya doa moga anak dalam perut dalam keadaan baik hinggalah proses bersalin.

"Apapun semuanya berbalik kepada cara pemikiran kita sendiri. Saya ada berkongsi rasa gusar dan takut ini dengan suami. Namun, kita hanya mampu berserah kepada-Nya. Apa-apa jadi pada saya tak apa, janji anak yang dikandung ini sihat. Itu yang penting bagi saya sekarang. Janin sudah terbentuk, dapat rasa dia bergerak," katanya yang juga isteri kepada pelakon popular, Shaheizy Sam.




Pelakon drama Sha dan Shah ini turut meluahkan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang lakonan, namun alahan mengandung yang dialami membataskan perancangannya itu.

"Memang ada terdetik untuk kembali aktif berlakon, cuma fasa hamil kali ini membatalkan niat saya untuk kembali ke set penggambaran.

"Jadi, tak boleh buat apa-apa, duduk di rumah lebih kurang tiga bulan. Sebelum ini pun terpaksa 'check in' hotel sebab tak boleh bau rumah dan sebagainya. Rasa macam 'serabut', gelisah. Saya sendiri tak tahu bagaimana nak jelaskan. Hanya yang lalui akan lebih faham.




"Sekarang bila masuk trimester kedua ini, alahan makin berkurangan. Saya dan suami tak kisah soal jantina anak. Memadai dia sihat sempurna seadanya sudah bersyukur. Kami sudah ada sepasang, jadi Allah nak bagi lagi rezeki zuriat kami terima," katanya yang bakal melancarkan Kekasih Skin tidak lama lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-1-2022 08:55 AM
Itulah mulut capoi tak ingat dunia baru skrg dah insaf ye nokss? Anyway dah ada KEKASIH? tahapahahantah
Quote babelina 20-1-2022 09:13 AM
gedik selalu x sedor2 lg ker..
Quote buragazz 20-1-2022 09:47 AM
Maknanya sebelum ni perangai hauk ke caner...
Quote doubleA 20-1-2022 09:47 AM
Kurangkan la peel rempit tu, anak dah nak masuk 3 pun. Iols tak boleh baca mak2 dok gelar anak sekor la 2 ekor la, apa salahnya ckp sorang dua. Anak ko kan bukan anak kucing. Kata2 mak tu doa
Quote sunshinelady 20-1-2022 09:57 AM
betul la tu. kena jaga dari segi physical & rohani.
oh ye syatilla, baby bukan dok dlm perut, tapi dlm rahim (a.k.a. uterus). kesian if baby dlm perut habis hancur kena go thru digestive system & last-last keluar ikut dubur ke dalam jambang.
Quote toynme 20-1-2022 09:59 AM
umo dia 31? i repeat 31??

ehhh muka tak padan dgn umo
Quote Kancilkering 20-1-2022 10:10 AM
3 kali keguguran…mak ai…memang le x ada rezeki…tapi mesti ada benda x kena…
banyak kemungkinan….
banyak kali keguguran akan buat the next pregnancy at higher risk….
Quote hareeeesah 20-1-2022 11:45 AM
Baru tau jugak, muda dari iolls.. bwtul la tu caption dia, bukan tgn ja cm org tua [em:1:]
Quote takayama 20-1-2022 03:12 PM
dia br 31 ke tahun ni, kaka igt dia ni dlm mid 30's
Quote Lentera 20-1-2022 03:15 PM
Alhamdulillah dah insaf ye.. tengok lama mana boleh bertahan keinsafan itu
Quote bankerpencen 20-1-2022 03:43 PM
Dia nampak macam mid 40s. Sadis.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.041024 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top