"Saya baik-baik saja dengan suami," kata pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu mengenai hubungannya dengan suami juga pengacara dan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail.
Aida, 35, atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali berkata, dia terkejut apabila mendapat soalan itu di bahagian mesej (DM) di Instagram. Aida yang juga juara musim pertama program realiti Gadis Melayu pada 2009 berkata, tidak semua perkara perlu dimuat naik di media sosial bagi membuktikan hubungan itu. "Inilah realiti media sosial. Lebih 'show off' orang menyampah. Lupa muat naik orang ingat kita ada masalah. Apa pun, saya baik saja dengan adanya suami.
"Sebab hantaran mandi kolam renang dengan anak tapi suami tidak ada pun boleh menjadi fitnah zaman sekarang. Ya, memang hanya tanya tapi orang tak buat macam tu lah," katanya.
|
prince_marhaen replied at 20-1-2022 10:26 AM
iols follow hubby sheols sekian lama sejak dulu...selalu je hubby sheols update aktiviti dengan fami ...
missyL replied at 21-1-2022 09:49 AM
Dulu2 mcm x berdenting sgt kan
Yg ig post suar pendek tu..
ADVERTISEMENT