"Alhamdulillah, rezeki saya pada 2022. Saya diberikan peluang dan ruang oleh Kumpulan Megaklinik Zahran untuk membuka klinik sendiri bersama orang yang bertanggungjawab, Doktor Syaiful menguruskan Megaklinik Zahran cawangan Bandar Bukit Raja.
"Pembukaan klinik ini adalah demi membantu insan yang memerlukan. Ia juga pengalaman berharga dalam menjadikan diri sebagai usawahan," katanya.
Radin menyifatkan pembukaan klinik itu adalah tindakan berani yang dilakukannya.
Pada masa sama, Radin juga terkenang arwah ibunya yang pasti turut sama berbangga dengan kejayaannya itu. - CARI