CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Gemuruh, Doa Bersalin Secara Normal

19-1-2022 04:54 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4314| Komen: 39|Original author: Cinta Erina

Sumber: Google Image

Seronoknya Neelofa dan PU Riz akan menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Namun di sebalik kebahagiaan itu, pengacara Noor Neelofa mengakui dia gementar menantikan hari kelahiran yang kini dijangka akan tiba pada bila-bila masa.

Menurut Neelofa, dia dan suaminya iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail sudah siap membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anak pertama mereka itu. 

“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini… kata orang tengah tunggu hari. Bila-bila sahaja akan masuk labour room."

“Saya akui nervous menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja."

“Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang. Barangan baby pun semua dah siap,” katanya kepada mStar.

Sumber: Mstar

Bekas pengacara MeleTOP ini di temu bual bersama suaminya semasa pelancaran perisa baharu susu Nilofa yang diadakan di Bayswater KLCC, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Di kesempatan itu, Neelofa juga turut memohon agar orang ramai mendoakan agar proses kelahirannya berjalan lancar.

“Saya akan melahirkan baby di Kuala Lumpur sahaja… terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Saya minta dari semua untuk doakan semoga segalanya dipermudahkan.

“Rupa-rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan… itu satu perjalanan yang cukup berbeza.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami,” ujarnya.

Sejak Julai tahun lalu, viral berita tentang ‘baby bump’ Neelofa di sosial media.

Namun, Neelofa memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai kehamilannya itu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-1-2022 05:03 PM
So ni nak cerita pasal bakal lahirkan anak bangla of KL ker nak cerita pelancaran susu kambus belakang rumah terbaru berperisa coklat.
Quote OyaTonggek 19-1-2022 05:47 PM
bolehhh tu branak normal...ponggong beso lebor..yihhhh
Quote aemon 19-1-2022 06:09 PM
Nnt lg 25 tahun mesti ade zat zat pujian2 daripada mamapak terhadap anaknya yg mengatakan sejuk perutnya ketika mengandung dan melahirkan anaknya..
Quote BungaTepiMeja 19-1-2022 06:47 PM
OyaTonggek: bolehhh tu branak normal...pon ...


Punggung kecik tak boleh normal ke sis
Quote Timortimur 19-1-2022 09:02 PM
Kalau tengok kaum kerabat dia rsnya boleh beranak normal sbb bontot masing2 melebar [em:3:]
Quote pilot 19-1-2022 09:16 PM
baby 21.1.21 ke tu
Quote stingeritters 19-1-2022 09:24 PM
dudaberhias replied at 19-1-2022 05:03 PM
So ni nak cerita pasal bakal lahirkan anak bangla of KL ker nak cerita pelancaran susu kambus belaka ...

Ko macam tak kenal reporters pulak duds

Kahkahkahkahkahkah
Quote slyfynx 19-1-2022 09:35 PM
Eh, bape ratus thread nk bukak pasal mende nehhhhhhh
Quote missbigrockstar 19-1-2022 09:38 PM
Gemuruh jiwaaaa...
Semangat membara....
Good luck lopak. Semoga dipermudahkan proses bersalin
Quote Mulotkoyak 19-1-2022 11:34 PM
Dh minta ampun dgn netizen ke belom?  Ehhh...
Quote AcikBuncit 19-1-2022 11:41 PM
Boleh juga cuma org kata kalo bontot lebor lagi senang proses nak keluarkan baby tu. Tulang rangka bontotnya luas sikit bila ngangkang
Quote newyork 20-1-2022 09:25 AM
Tgk mak lopa la anak berapa ramai senang bersalin. Lopa pun tak mustahil nnt anak ramai. Pungkoq besaq.
Quote haznor 20-1-2022 09:30 AM
OyaTonggek replied at 19-1-2022 05:47 PM
bolehhh tu branak normal...ponggong beso lebor..yihhhh

Tak jugak uols. Iols semua anak beranak czer wpun ponggong lebor.
Quote makadek 20-1-2022 09:36 AM
Yg penting bil ospital ko yg bayor
Laki ko sentiasa kena taat setia dgr cakap ko je kan.
Tp hujung2 sian gak kn jah ni kan
Dpt laki mcm ni tak berkerjaya ala2 je
Nk jd ustaz tk lepas nk jd retis pn sendu.. Jd dia terpaksa gigih upkan laki dia spya nmpk wangi
Quote rosevelvet 20-1-2022 09:40 AM
BungaTepiMeja replied at 19-1-2022 06:47 PM
Punggung kecik tak boleh normal ke sis

Kakak aku bontot lebar tempayan. 10 jam labour room. Last2 masuk OT
Quote bedahmenjuyah 20-1-2022 09:43 AM
slyfynx replied at 19-1-2022 09:35 PM
Eh, bape ratus thread nk bukak pasal mende nehhhhhhh

Kan. Itu baru war2 nak beranak. Bakal bersambung kah drama kat labour room. Pastu cerita pantang bla bla bla... Yih sgt
Quote stingerkitkat 20-1-2022 09:48 AM
Edited by stingerkitkat at 20-1-2022 09:49 AM
rosevelvet replied at 20-1-2022 09:40 AM
Kakak aku bontot lebar tempayan. 10 jam labour room. Last2 masuk OT


Banyak dosa dgn somi belum sempat mintak maaf sebelum masuk ward labour?

Jiran sebelah rumah aku selalu sebut nak beranak ni macam nak berak aja.....aku tanya dia apa rahsianya...katanya dapatkheun suami sebelum ko ngadap bilik 'antara hidup atau mati' ...mintak maaf darinya dan redhokheun ko .....

Sesungguhnya kemaafan serta redho suami pada isteri adalah redho TUHAN jua keatas kamu....
Quote stingerkitkat 20-1-2022 09:51 AM
bedahmenjuyah replied at 20-1-2022 09:43 AM
Kan. Itu baru war2 nak beranak. Bakal bersambung kah drama kat labour room. Pastu cerita pantang b ...

Biorla...org pertama kali menyambut anak....yg lahir dari vajayjaynya...ko ni sama pompuan pun takkheun tak dapat rasakheun perasaannya?

Quote tulip-rain 20-1-2022 10:02 AM
Semoga selamat semuanya untuk lofa.


Jaga2 Lofa nanti ade pemuja2 retis betina faketuabimbo nak tumpang nama, mesti diorang akan kaitkan retis tua tu dan anak tak comelnya dgn anak uols. Maklumlah orang dah tak heran dah dekat anaknya tu

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051392 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top