"Demi Allah, saya tak pernah tengok anak saya macam tu" Menerusi posting terbaru Tuan Syahmi di TikToknya baru-baru ini, kejadian itu terjadi apabila mereka sekeluarga sedang berada di drive-thru sebuah restoran makanan segera. Kerana terlalu lama menunggu giliran, dia mula turun daripada kereta untuk membasuh botol susu anaknya dengan air panas. Sisa susu dan basuhan itu dibuang ke kawasan bawah pokok berdekatan dekat restoran tersebut. Namun peliknya, anak kecilnya tiba-tiba meraung tanpa henti dengan badan menggelepar. Sumber: Google Image Anaknya tiba-tiba meraung macam kena sampuk. Tuan Syahmi telah membaca ayat-ayat al-Quran tapi anaknya masih meraung. Tanpa menunggu dengan lebih lama, mereka sekeluarga terus pergi tinggalkan kawasan tersebut dan mencari tempat lebih terang dan ramai orang. Akhirnya Tuan Syahmi ikhtiar dengan memasangkan bacaan rukhyah daripada YouTube, barulah keadaan kembali tenang dan anaknya tiba-tiba menjadi diam dan tenang. Akibat daripada kisah terbabit, lelaki ini berpesan kepada netizen untuk mengelakkan membuang sampah ataupun benda lain di merata tempat kerana dikhuatiri akan terkena kepada ‘benda’ tidak sepatutnya. -CARI |
ADVERTISEMENT