Masih ingatkah anda semua dengan wanita yang bernama Siti Rohayu? Mesti ramai yang teringat kembali kisah wanita ini yang cukup tabah menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih kurang 5 tahun lalu. Selepas insiden berkenaan, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sempat koma selama 90 hari dan hanya mampu terlantar akibat kecederaan yang serius di kepala yang turut menyebabkan dia hilang ingatan. Setahun yang lalu, Siti Rohayu juga pernah menjadi bahan cacian daripada sesetengah netizen yang kononnya dia telah bertemu pasangan baru ketika suaminya sedang terlantar. Walau bagaimanapun, Rohayu dengan sekeras-kerasnya menafikan Rohayu isu tersebut dan menyatakan ia adalah satu fitnah untuk memisahkan mereka suami isteri di saat sukar itu.
Sumber: Instagram Siti Rohayu "Umy kuat sebab doa kalian semua, Aby berada di sisi kami sebab doa kalian semua" Tanggal 31 Disember (2021) yang lalu, Rohayu telah memuat naik satu posting baru di akaun Instagram sempena ulang tahun kelahirannya. Dia menyatakan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana telah meluaskan rezekinya dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya. Di dalam posting tersebut, kelihatan suaminya yang mampu berdiri dan semakin sihat. Alhamdulillah... "Sungguh saya tak sangka dia boleh sembuh sampai ke tahap ni…Saya salah seorang nurse jaga suami awak semasa di wad 2 Delima HUSM" Baru-baru ini menerusi satu rakaman yang dimuat naik oleh Rohayu di TikTok, seorang jururawat yang pernah bertugas menjaga suaminya di HUSM Kubang Kerian mengakui terkejut dan bersyukur melihat kesihatan suaminya yang sudah beransur pulih. Jururawat tersebut turut mengakui tidak menyangka Ridhwan boleh sembuh sampai ke tahap itu. Mana tidaknya, suami Rohayu kini kelihatan cukup aktif dan sudah mula boleh berjalan seperti sedia kala. Benarlah kata orang, suami itu bahagia bila berada di samping wanita yang hebat…Kebanyakan netizen gembira melihat kebahagiaan suami isteri berkenaan. Dalam pada yang sama, ramai juga yang komen bahawa mereka sebak di saat mengenangkan pengorbanan dilalui Rohayu sewaktu menjaga suaminya. -CARI |
Suchi replied at 20-1-2022 01:11 AM
Mesti la ingat kes dia ni iols pun salah sorang yg penah menderma dulu huhu
Senang dh hidup dia skr ...
shy79 replied at 22-1-2022 04:59 PM
yg bini dia kena tangkap berdua2an dgn laki lain dlm keta masa bln puasa tu yg mana? bkn couple ni k ...
yondu replied at 23-1-2022 02:35 AM
dia ni kan yg kes dgn adik angkat dia tu. yg netizen korek siap ada gmbr naik moto konvoi la ape la ...
ADVERTISEMENT