CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 17 Tahun Meninggal, Jenazah Guru Mengaji Masih Utuh Dan Harum

19-1-2022 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1244| Komen: 3

Subang: Proses pemindahan seorang ulama yang dikenali sebagai ustaz Muhya Rudia menjadi topik perbincangan dalam kalangan penduduk setempat di Subang, Jawa Barat.


Hal ini kerana, keadaan jenazah Muhya masih utuh dan berbau harum biarpun dia sudah meninggal dunia sekitar 17 tahun yang lalu.

Seorang daripada murid mengaji Muhya, Ujang Ading menceritakan, ustaz itu mempunyai keperibadian yang sangat baik sepanjang hayatnya.

Selain itu, Muhya juga dihormati oleh penduduk setempat dan sering menghabiskan waktu di masjid serta mengajar mengaji kepada semua golongan termasuk warga emas.


Foto: Agensi


“Ustaz Muhya meninggal dunia selepas solat Asar pada 2004 ketika berusia 70 tahun.

“Selepas solat, ustaz memberitahu darahnya agak tinggi dan tidak berasa selesa sebelum pengsan dan meninggal di rumahnya,” kata Ujang.

Dalam pada itu, penggali kubur yang bertanggungjawab memindahkan jenazah Muhya,  Ace Kosasih memberitahu, keadaan jenazah itu masih baik dan tidak hancur.

“Kulit dan tulang jenazah ustaz masih ‘bersatu’ dan jenazahnya tidak berbau busuk.

“Jenazahnya kelihatan seperti sudah diawet dan pemindahan itu dilakukan kerana kawasan kuburnya terletak bersebelahan dengan kandang ternakan kambing biri-biri,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 19-1-2022 09:03 AM
Ingat subang malaysia.. kalo indon ape2 pun boleh jadi. Tak bersenggama pun boleh pregnant
Quote hareeeesah 19-1-2022 09:06 AM
Bangsa ni pelik pelik.. simpan dlm rumah la, korek rindu sgt la yihhh…
Quote epullipan 19-1-2022 09:17 AM
ingat kat malaysia je ade subang..tertipu lagi pagi ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.397934 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top