CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembedahan Plastik Kecilkan Pipi Gagal, Akibatnya 3 Tahun Tak Boleh Tutup Mata

19-1-2022 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1493| Komen: 17

London – Seorang warga emas di Britain berdepan masalah tidak dapat menutup matanya  selama tiga tahun gara-gara pembedahan plastik yang gagal, lapor akhbar Mirror UK.


Pete Broadhurst,79, berkata, dia menjalani pembedahan plastik bagi mengecilkan pipinya, namun kesan yang dialami selepas itu sangat menyeksakan.

Kelopak matanya tidak boleh ditutup selepas pembedahan dan kekal begitu selama tiga tahun.


Foto: SWNS

“Jika saya mahu tidur, saya akan meletakkan pita pelekat pada hujung mata dan dilekatkan pada muka.

“Wajah saya menakutkan dan saya perlu menggunakan titisan air mata lapan kali sehari bagi mengelakkan mata saya kering,” katanya.

Tambah Broadhurst, dia menghabiskan £11,000 (RM62,850) ketika melakukan pembedahan plastik tersebut.

Penglihatannya kini sangat kabur sehingga tidak boleh memandu kereta atau melihat mimik muka orang lain.

Semua hospital swasta enggan menjalankan pembedahan lanjut kerana bimbang keadaan Broadhurst akan menjadi lebih buruk, manakala Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, dia perlu menunggu selama setahun.

Lelaki itu kini terdesak untuk mendapatkan rawatan alternatif di luar negara termasuk sebuah hospital di Turki yang menawarkan rawatan pada sekitar £7,000 (RM39,990).

“Setiap hari,  saya menyesali tindakan saya menjalani pembedahan plastik yang menjadi punca kepada masalah ini,” luah Broadhurst. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 19-1-2022 08:50 AM
Macam-macam hal mereka ni
Quote Dwdrum 19-1-2022 08:53 AM
Di turkey lagi... Mahu cut cost
Quote Minami2013 19-1-2022 08:57 AM
Ada forumner intro plastic surgeon ig kat i, lepas usha mmg hebat hasilnya. Mmg berbaloi la kos murah berbanding negara asal masing2.
Quote capiloton 19-1-2022 03:32 PM
pipi tembam la best, rasa nak geget


[tiktok]7036758759380684058[/tiktok]
[tiktok]7029127805396897050[/tiktok]

[tiktok]7049358551533292827[/tiktok]


Quote darkness 19-1-2022 03:34 PM
Odoi atuk...kubur tinggal nak gali, lagi nak buat pembendahan plastik
Quote matchstick 19-1-2022 03:38 PM
dh tua bangka pun gigih nk alter muka lagi ke

mcm dh terlambat je. hensem tara mana la sgt kalau berjaya pun
Quote iman_kasih 19-1-2022 04:13 PM
Macam2 hal
Quote borrow 19-1-2022 05:53 PM
Tak vley tutup jenuhlah nk jg mata dari kena habuk etc. If terpercik sambal pun tak vley kelip. Rasa ngeri plak.
Quote Prickford 19-1-2022 06:13 PM
Kamon la...heolls ni umur dah kertu nak buat plastic surgery buat apa???!!!
Lahai dah tua pon bodoh.
Quote Zack8hunter 19-1-2022 07:12 PM
kenapa nk kecikkan pipi? bukan selalu org nak naikkan tulang pipi jee ke?
Quote sukacactus 19-1-2022 08:10 PM
Dr pipi tembam ke muka seram
Lain kali dah tua, buat cara tua
Quote .HannahMontana. 19-1-2022 08:20 PM
yang Allah bagi tu adalah yang paling cantik

walau xmenarik dimata ramai org tp itulah yg tercantik

kalaulah kamu mengetahuinya dan mahu bersyukur

xpenting kita xcantik ke org lain

xkisah

Quote Belibis 19-1-2022 08:21 PM
capiloton replied at 19-1-2022 03:32 PM
pipi tembam la best, rasa nak geget

Waduh waduhhhh..karen banget.
Quote Suchi 19-1-2022 09:53 PM
Igtkan pompuan rupanya lelaki, elok2 takde masalah dah tak pasal2 plak.
Semoga kembali sembuh la takpela pipi tembam pun asalkan sihat
Quote Suchi 19-1-2022 09:57 PM
capiloton replied at 19-1-2022 03:32 PM
pipi tembam la best, rasa nak geget

Lelaki suka je pompuan pipi tembam tp pompuan tak suka kalau boleh nak kempis mcm alien tu

Quote tumpanglalu74 19-1-2022 10:06 PM
Pokcik ney nak kecikkan pipi awat?
Quote igetso 19-1-2022 10:19 PM
Kerja sia2..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top