Berita tular mengenai bekas atlet paralimpik renang, Koh Lee Peng yang terpaksa menjual sarung tisu untuk menyara hidup mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi popular era-90, Francisca Peter yang menganggap perkara yang berlaku sangat menyedihkan bagi ahli sukan.
Menerusi laman Twitter, pelantun Sekadar Di Pingggiran ini memberitahu bahawa berita yang tular itu sangat menyedihkan terhadap wanita dan para ahli sukan. “Ini sungguh menyedihkan dan paling tidak baik terhadap ahli sukan dan wanita,”tulisnya. Tambahnya lagi, dia turut memberitahu bahawa para atlet seharusnya dilayan dengan penuh hormat dan diberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan.
“Ini adalah satu keaiban. Mereka seharusnya dilayan dengan penuh hormat dan diberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan.”-Francisca Peter Di ruangan komen rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku terhadap bekas atlet tersebut. “Sedih untuk membaca mengenai ini. Berharap ada kuasa yang membuka mata dan telinga untuk membantu.” “Saya tidak percaya ini benar-benar berlaku dalam negara kita. Saya sangat sedih dan malu mengenai hal ini.” “Sebenarnya, mereka sepatutnya mempunyai perancangan untuk menyokong atlet kelainan upaya ini kerana mereka terdedah terdedah kepada bahaya berbanding dengan atlet biasa. DEan anda tahu, jika orang kelainan upaya lain, mereka mungkin telah mempelajari kemahiran yang lain sewaktu latihan atlet.”
|
fealefea: teroknye negara kita. speechle ...
hanihan16: i ada baca komen kat ig, someb ...
Hessa replied at 17-1-2022 06:32 PM
atlet kat malaysia ni kena bertaraf LCW, Nicol David dan azizul hasni awang..betul2 outstanding,baru ...
ADVERTISEMENT