CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjun Parit Sebab Tak Nak Pergi Berubat, Tentera Kena Datang Selamatkan

17-1-2022 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1219| Komen: 3

Jakarta – Gara-gara takut untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki di Indonesia bertindak terjun ke dalam sebuah parit sehingga menyebabkannya terpaksa diselamatkan seorang anggota tentera, lapor laman berita Suara.com.


Menerusi  satu rakaman klip video yang dikongsikan di Instagram, orang ramai dilihat berkumpul di tepi sebuah parit untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Beberapa penduduk dilihat cuba membantu lelaki berkenaan untuk naik ke atas darat.




Menurut sumber, lelaki yang mengalami sakit mata itu pada awalnya sedang dalam perjalanan untuk dibawa berubat.


Namun, dia dikatakan berat hati untuk mendapatkan rawatan dan secara tiba-tiba terjun ke dalam parit tersebut.

Video itu tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga pakcik sembuh dan anak yang menjaganya diberi kesabaran dan pahala yang besar atas jasanya,’’ tulis seorang netizen.

“Mungkin dia terjatuh dan bukan terjun kerana matanya sakit,” kata seorang lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 17-1-2022 02:10 PM
Jakarta – Gara-gara takut untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki di Indonesia bertindak terjun ke dalam sebuah parit sehingga menyebabkannya terpaksa diselamatkan seorang anggota tentera, lapor laman berita Suara.com.
Quote Adrif 17-1-2022 11:47 PM
mungkin fobia jarum
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 01:04 PM
Macam2 je le kalo negare @Friska ney..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.080371 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top