Larangan merokok di tempat makan masih berkuatkuasa, namun masih ada segelintir pelanggan merokok yang buat-buat lupa- macam tiada rasa bersalah pula bila asap itu berterbangan ke meja bersebelahan. Sesungguhnya bau hembusan asap rokok yang terkandung kira-kira 4,000 bahan kimia beracun yang memenuhi ruang udara di mana-mana sahaja termasuk di kedai makan mampu merosakkan mood sesiapa sahaja yang tidak merokok. Kejadian serupa dikongsi Eddie Dieana menerusi hantaran Facebooknya.
“Bro, kalau nak hisap rokok. Boleh isap jauh sikit tak? asap rokok kena dekat anak-anak aku lah.” Malangnya teguran lelaki berkenaan tidak diendahkan dan dijawab dengan angkuh. “Aku isap rokok dekat meja aku je. Tak ada kaitan pun dengan meja makan kau. Kalau kau tak boleh nak bau, kau pindahlah meja lain” Merasa kecewa dengan jawapan perokok itu, lelaki tadi berlalu pergi sambil namun masih tidak berpuas hati. Agak terkejut dengan tindakan lelaki itu, perokok seraya berkata, “Huish, selekeh. Taik pun letak atas meja.” “Ini meja makan aku. Tak ada kaitan dengan meja kau. Kalau kau tak boleh tengok kau pindah meja lain,” jawab abang tersebut. Akhirnya perokok pindah ke meja lain - meja paling hujung dalam kedai makan tu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Menurut Eddie yang agak terkejut dengan tindakan luar jangka lelaki berkenaan, hanya mampu tersenyum tanda setuju dengan tindakan tersebut. Eddie sangkakan lelaki itu yang akan berpindah ke meja lain tapi sebaliknya yang berlaku. Sebagai info, kerajaan masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka termasuk menggiatkan aspek penguatkuasaannya. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata sehubungan itu orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan kepada anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan jika melihat adanya individu yang melanggar peraturan terbabit. ![]() Kredit foto - Berita Harian Seperti pelaksanaan undang-undang lain, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dan tidak ada seorang pun terkecuali, begitu juga dengan larangan merokok di mana kita tidak boleh bersandar sepenuhnya pada bahu pihak berwajib semata-mata. Lagipun bukannya sukar. Nampak, terus lapor di mana aduan boleh dikemukakan dengan dua cara sama ada menerusi panggilan telefon di talian 03-88924530 ataupun aplikasi WhatsApp/Telegram/pesanan khidmat ringkas (SMS) melalui nombor 010-8608949. Atau sekiranya anda lebih berani, anda juga boleh memilih untuk melakukan tindakan bijak seperti lelaki tadi tapi lakukannya atas risiko sendiri. -CARI |
pxlbb replied at 15-1-2022 10:01 AM
Ok iols takde anak pakai pampers so mungkin boleh cuba letak pad di kala bulan mengambang.
BartholomewKuma replied at 15-1-2022 10:08 PM
Buka caya la cita ni? Supa dongeng
Adrif replied at 15-1-2022 02:50 PM
benci dengan perokok dengan orang isap vape ni
kadang2 macam takde adab, suka2 je hembus asap. aku ...
gideoncross replied at 16-1-2022 02:17 PM
Konfem dongeng, siapa yg snggup nak tnjukkn bnda camtu kat public? Lollll.
krustykrab replied at 16-1-2022 02:39 PM
Pelik kan jantan melayu ni, padahal dh kluar fatwa haram merokok, tp aman2 je sapkok..mungkin dior ...
Adrif replied at 16-1-2022 10:55 PM
aku jantan melayu yang dilahirkan semput dan tidak merokok mahupun vape
gideoncross replied at 16-1-2022 02:17 PM
Konfem dongeng, siapa yg snggup nak tnjukkn bnda camtu kat public? Lollll.
pxlbb: Ok iols takde anak pakai pampers so mungkin boleh cuba letak pad di kala bulan mengambang.
BartholomewKuma replied at 17-1-2022 09:01 AM
Kan kan buka kot dalam kedai tu dia dengan hat si perokok tu ja. Hat orang lein pun dok ramai maka ...
Adrif replied at 16-1-2022 10:55 PM
aku jantan melayu yang dilahirkan semput dan tidak merokok mahupun vape
ADVERTISEMENT