CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Punggung Montok, Trend Masukkan Kiub Pati Ayam Dalam Dubur Pula Dah

14-1-2022 07:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2793| Komen: 22

Abuja, Nigeria – Satu trend memasukkan kiub pati ayam ke dalam dubur yang popular di negara-negara Afrika mengejutkan ramai netizen di seluruh dunia dengan rata-rata berpendapat amalan tersebut membahayakan kesihatan, lapor portal World Of Buzz hari ini.

Berdasarkan beberapa laporan sebelum ini, trend tersebut dilakukan selama beberapa tahun oleh wanita di beberapa negara Afrika seperti Congo dan Nigeria.

Ia didakwa dapat menjadikan punggung seseorang kelihatan lebih montok dan besar.

Gambar Hiasan

Berdasarkan ciapan di Twitter yang kini menjadi tular, seorang doktor dari Nigeria menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan amalan tersebut kerana ia amat berbahaya.

Menerusi akaun @firstdoctorr, doktor tersebut berkata, terdapat ramai individu yang mencampurkan kiub pati ayam dengan air bagi membentuk enema dan kemudiannya menyuntik larutan tersebut ke dalam lubang dubur.

“Kebanyakan kiub stok ayam mengandungi garam, gula, lada, bunga cengkih, bawang merah, kanji jagung, lesitin soya, pengawet, pewarna, minyak kelapa sawit, disodium isonate dan perisa tambahan.

“Jadi, ia merupakan sesuatu yang karut. Berhenti menipu diri sendiri,” katanya.

Tambah doktor tersebut, kandungan garam yang tinggi dalam kiub stok tersebut akan menyebabkan berlakunya rekahan pada lapisan bahagian dalam lubang dubur.

“Apabila banyak kuman masuk menerusi rekahan tersebut, ia akan meresap ke dalam aliran darah, lantas mengakibatkan jangkitan,” jelasnya.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen dari seluruh dunia termasuk Malaysia meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui mengenai trend tersebut.

“Siapa yang meletakkan pati ayam ke dalam lubang dubur mereka?” komen seorang netizen.

“Perisa apa agaknya mereka pilih? Kalau saya, pasti tomyam,” kata seorang lagi pengguna secara berseloroh. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 14-1-2022 02:37 AM
Ha ha ha ????
Biar benar???
Quote CARI-MRO 14-1-2022 07:33 AM

Quote seribulan 14-1-2022 07:49 AM
ipes2 replied at 14-1-2022 01:37 AM
Ha ha ha ????
Biar benar???

Buat apa masuk...kanibal ke...masuk periuk sup?

Quote Adrif 14-1-2022 08:14 AM
“Perisa apa agaknya mereka pilih? Kalau saya, pasti tomyam,” kata seorang lagi pengguna secara berseloroh.

ala ngek la komen dia, ahahaha
Quote tripleid 14-1-2022 09:17 AM
peram dlm tu sebulan pastu masukkan dlm kari.mesti lazuarttt
Quote Raline 14-1-2022 10:49 AM
Trend masukkan kiub pati ayam dalam dubur berbahaya
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5016309&extra=

dah ada la awa.....
Quote ifanonline 14-1-2022 10:51 AM
budaya mcm ni melayu akan ikut...
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:39 PM
images_1_1_2.jpg
Quote stingerkaypoh 14-1-2022 12:41 PM
Burok siot!
Quote JalaEmas 14-1-2022 01:19 PM
yg bukan2 aje
Quote Artemesiaa 14-1-2022 01:44 PM
Kerja sia2 tapi ideanya tak pernah tak lawak
Quote buapakperut 14-1-2022 01:45 PM
Bubuh chewing gum la biar kenyal2
Quote lemak_masin 14-1-2022 01:59 PM
Buat apa nak bontot besar smpai camtu.. nak bertenggong pun butt cheek menyapu lantai.duduk kat mangkuk jamban pun susah.
Quote me12345 14-1-2022 02:21 PM
Otak letak kat bontot....
Quote Simunggu 14-1-2022 02:34 PM
kalau letak di tontolo...tontolo jadi besar barangkali
Quote lipans 14-1-2022 03:17 PM
knor ke adabi?
Quote bakingsoda 14-1-2022 03:51 PM
letak yg ada msg ke tak?
Quote reenz013 14-1-2022 04:11 PM
adoii lawak betulla
Quote Bedah.Cun 14-1-2022 04:36 PM
Kaw masak stimbot dalam montot, yea?

Lihat semua komen(22)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.073685 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top