CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Pinjaman Tak Lulus, Habis Bank Dibakarnya

13-1-2022 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 720| Komen: 0

New Delhi: Gara-gara permohonan mendapatkan pinjaman bank tidak diluluskan, seorang lelaki bertindak membakar pejabat bank di daerah Haveri, Karnataka, India, pada Ahad.


India Times melaporkan, suspek, Wasim Hazaratsab Mulla, 33, adalah penduduk pekan Rattihalli.

Menurut laporan Times of India, suspek membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman daripada cawangan Canara Bank yang terletak di kampung Hedugonda.



Foto: India Times 

Bagaimanapun, bank itu menolak permohonannya hanya kerana skor rendah bagi penilaian kreditnya.


Penolakan itu tidak diterima dengan baik oleh Mulla.

Lelaki itu yang berang dengan keputusan berkenaan pergi ke pejabat bank itu pada malamnya.

Sebaik tiba di bangunan itu, suspek dipercayai memecahkan tingkap dan menumpahkan petrol di dalam pejabat bank kemudian membakarnya.

Selepas menyedari kepulan asap, orang ramai segera memaklumkan kepada polis dan bomba mengenai kebakaran itu.

Polis menangkap Mulla ketika dia cuba melarikan diri dari kampungnya.

Insiden itu menarik perhatian netizen yang membuat andaian bahawa suspek melakukan perbuatan berkenaan kerana dendam.

Ramai juga meluahkan pandangan mengenai kesukaran individu biasa untuk mendapatkan pinjaman.

"Di negara kita (India), bank memberi pinjaman kepada syarikat besar tanpa jaminan dan jaminan yang sewajarnya. Selepas dua hingga tiga tahun, (pinjaman) itu menjadi pinjaman tidak berbayar (NPA)," katanya.

"Akan tetapi, sangat sukar bagi orang biasa untuk mendapatkan pinjaman walaupun dengan dokumen lengkap," kata seorang pengguna Internet.

Susulan kejadian, suspek ditangkap untuk disiasat mengikut Seksyen 436, 477 dan 435 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050540 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top