CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nampak Penat Ketika Berbasikal, Cuaca Pula Panas," - Aidil Zafuan Ada Berselisih Dengan Shebby

13-1-2022 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4912| Komen: 56

Kuala Lumpur: Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sempat berselisih dengan mendiang Shebby Singh ketika beliau baru keluar berbasikal petang tadi, mengakui mendiang kelihatan penat.


Kata Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad kebangsaan, mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.

Foto: Awani

"Saya menerima berita pemergian mendiang lebih kurang jam 8 malam tadi... agak terkejut juga kerana petang tadi dalam lebih kurang jam 5.15 petang, saya sempat berselisih dengan mendiang.

“Ketika itu, mendiang baru sahaja mula berbasikal. Saya sempat mengangkat tangan kepada dia, jadi dia pun sempat mengangkat tangan semula dan keadaan dia pun memang nampak penatlah.


“Saya rasa ketika itu dia baru mula nak berbasikal kerana rumah saya dan rumah mendiang berhampiran. Namun ketika itu, cuaca agak panas.

“Pada awalnya saya terfikir siapa yang sedang berbasikal dalam keadaan panas ini, apabila sudah dekat baru saya perasan rupanya mendiang,” ujar Aidil Zafuan ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.

Kata Aidil, mendiang sering kali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana beliau memang aktif bersukan.

“Mendiang memang seorang yang aktif berbasikal, dalam kumpulan WhatsApp berbasikal, mendiang memang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Semua sangat terkejut sebaik menerima khabar pemergian mendiang. Dengan pemergian mendiang, sudah tentu kita kehilangan bekas pemain yang begitu boleh dipanggil sebagai legenda, satu kehilangan besar buat keluarga bola sepak.

“Mendiang seorang yang sering memberi kritikan membina, banyak kritikan mendiang yang boleh diambil untuk memajukan arena bola sepak, itu yang saya saya rasa... pemergiannya amat dirasai,” katanya lagi.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby meninggal dunia dipercayai selepas terjatuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 13-1-2022 08:48 AM
“Mendiang memang seorang yang aktif berbasikal, dalam kumpulan WhatsApp berbasikal, mendiang memang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.


gaya hidup sihat pun tak menjaminkan kesihatan... sakit jantung jugak penyebab nya
Quote Simunggu 13-1-2022 08:58 AM
gaya hidup sihat tak semestinya panjang umur & sihat....

arnab berlari lari melompat lompat terkinjal kinjal umur pendek juga dari kura kura yg duduk diam & nampak malas..
Quote Thunderclouds 13-1-2022 09:03 AM
Healthy lifestyle xmenjamin umoq yg panjang. It helps obviously,tp kalo dh nk ajal tu ajal jugak lar.
Quote 234126 13-1-2022 09:03 AM
Kalau terlebih semua benda memang takkan ada yang menjamin sihat. Kena pandai agak balance. Kalau dah semalam kayuh 20km harini 2km cukup la. Nak buat daily boleh tapi volume tu kena jaga. Lagi satu cuaca
Quote Dovahkiin 13-1-2022 09:03 AM
Bila da tua2 ni, jgn push sgt jantung. Badan sihat mcm mana pun, organ2 ni tetap tua.
Quote Mooverine 13-1-2022 09:07 AM
Agak terkilan sebab ramai orang share gambar mendiang terbaring atas jalan tu. 2022 pun, masih ramai yang insensitive.
Quote nuralisa 13-1-2022 09:08 AM
Pernah rasa mcm mana penatnya kayuh ..
Jantung pun laju je.. dlm keadaan panas petang ..
So skrg aku beralih ke scooter electric je .. hahaah
X penat
Quote Trumpettt 13-1-2022 09:17 AM
Edited by Trumpettt at 13-1-2022 09:18 AM

Agaknye dh ada tanda heart attack...letih lemah or kaki tgn lenguh kebas antara salah satu tanda hear attack/ strok. Sbb dh biasa berbasikal agaknye dia ingat lemau sbb x exercise..pdhal simptom attack. My theory...takziah family shebby
Quote cyber_mania 13-1-2022 09:18 AM
I tak tau banyak pasal bola sepak. Tp dulu masa ayah selalu tgk sports show waktu dia aktif kat TV, I suka dengar dia punya ulasan. Bahasa, gaya penyampaian, sangat tersusun kata2 dia. In English and Bahasa. You'll be missed, Shebby.
Quote ally9970 13-1-2022 09:27 AM
Aku pun dah 2 bulan stop cycling... kalau dulu every weekend, sabtu ahad kayuh. Per ride kadang2 40km, max 70km. La ni, weekend aku gi mancing, meng sun tan kan kulit...
Quote azimodin 13-1-2022 09:38 AM
Rasanya bila sampai certain age kena cari exercise yg x lasak sangat macam taichi or pilates. Dah 3 kes orang yg aku kenal meninggal awal padahal aktif berbasikal, ada yg siap kayuh dari bangi sampai melaka
Quote azimodin 13-1-2022 09:39 AM
Mooverine replied at 13-1-2022 09:07 AM
Agak terkilan sebab ramai orang share gambar mendiang terbaring atas jalan tu. 2022 pun, masih ramai ...

Betul, kenapa nak kena share.. cer kena kat parents sendiri, mesti mengamuk
Quote salimrock 13-1-2022 09:41 AM
Mooverine replied at 13-1-2022 09:07 AM
Agak terkilan sebab ramai orang share gambar mendiang terbaring atas jalan tu. 2022 pun, masih ramai ...

teringat arwah harun salim bachik pn mcm tu juga kan?
Quote Prickford 13-1-2022 09:41 AM
234126 replied at 13-1-2022 09:03 AM
Kalau terlebih semua benda memang takkan ada yang menjamin sihat. Kena pandai agak balance. Kalau da ...

Betul. Memang tak boleh berlebih2. Doctor iolls pesan, senaman sehari 15 minit sudah cukup. Cuma jaga pemakanan.

Bukan tak boleh melantak KFC, tapi berpada2. Bila badan penat, kita harus rehat, bukan push utk bersenam lagi.



Quote Mooverine 13-1-2022 09:48 AM
azimodin replied at 13-1-2022 09:39 AM
Betul, kenapa nak kena share.. cer kena kat parents sendiri, mesti mengamuk

takpun, one day kalau diri sendiri kena benda mcm ni kan.. kita dah jadi arwah.. tak dpt nak buat apa-apa, rasanya mahu tak kalau gambar jenazah kita tu diviralkan.. sedih bila fikir pasal ni
Quote Mooverine 13-1-2022 09:51 AM
salimrock replied at 13-1-2022 09:41 AM
teringat arwah harun salim bachik pn mcm tu juga kan?

ya, meninggal masa kat RNR kalau tak silap kan.. kesian betul. Tapi arwah dari jauh la tak nampak sangat (ni gambar yang saya ternampak secara tak sengaja).. mendiang Shebby ni, memang close sangat gambar nampak muka pucat semua.. kesian betul
Quote LoveSungmin 13-1-2022 10:01 AM
i baca news ni lepas tu terus membebel kat bf i.. now dia dah start kayuh memalam lepas kerja.. alasannya pagi tak sempat jogging.. i risau juga
Quote Decaffeinated 13-1-2022 10:33 AM
Rumah dia kat kawasan Ledang ka?
Quote krustykrab 13-1-2022 10:45 AM
Korang ni macamm2 komen
Anggap la dah tiba masa dia..lgpun mendiang pun bukan muda lagi

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.216334 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top