Melakonkan watak pengawai penyiasat bernama Karmila dalam filem terbaharu arahan sutradara, Osman Ali berjudul, Telaga Suriram, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya memaklumkan dia berasa takut untuk bekerja dengan seseorang dalam karya berkenaan.
Scha atau nama lengkapnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, berkata, dia berasa sedikit gentar berada di bawah pengawasan Ellie Suriaty yang ditugaskan sebagai acting coach (guru lakonan) filem terbabit. “Dengan Kak Ellie, saya tak nafikan saya akan takut dengan dia. Saya takut disebabkan itu, akan ada limitasi untuk belajar dengan dia sebab terlalu takut dengan dia,” katanya ketika ditemui media semalam.
Disebabkan itu, Scha turut mengambil inisiatif sendiri dengan mengikuti kelas lakonan di luar iaitu bersama Norzizi Zulkifli. “Saya memilih Kak Zizi sebab pertama sekali, latar belakang dia. Juga, tak tahulah, saya rasa sangat dekat dengan dia. Karakter dia lebih kurang saya. “Dia seseorang yang relaks, ‘rough’ dan ‘tough’ dan saya rasa senang untuk saya belajar dengannya tanpa perlu rasa macam, ‘takutnya cikgu ini’,” katanya lagi.
|
ADVERTISEMENT