"Saya lihat pakaian cikgu perempuan yang sebenarnya mencalarkan maruah guru itu sendiri" Risau dengan situasi yang semakin menjadi-jadi, pendakwah bebas terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun dalam sebuah ceramah bertajuk ‘Guru : Antara Kerjaya dan Keluarga’ tampil memberikan teguran secara general dan terbuka khas kepada guru-guru yang dilihat semakin hanyut sehingga niat tidak menghalalkan cara. Sempat meminta maaf terlebih dahulu, beliau seterusnya menasihati guru wanita tentang solekan tebal dan pemakaian mereka yang kurang sopan termasuklah berbaju sendat sehingga menampakkan bahagian tubuh tidak sepatutnya. "Ada pelajar yang tulis terangsang dengan guru…Nampak jelas bahagian yang sepatutnya ditutup" Paling mengejutkan, cara pemakaian sebegitu bukan sahaja kurang manis dipandang tetapi rupanya ada para pelajar yang gagal fokus dari awal sehingga habis pembelajaran berlangsung kerana terganggu melihat ‘pemandangan’ tidak sepatutnya. "Saya cikgu, saya setuju ustazah…Perlu ditegur, jangan dibiarkan" Melihat ke ruangan komen, ramai yang memuji keterbukaan Ustazah Asma’ memberikan teguran dengan cara berhikmah. Selaku golongan pendidik, mereka sendiri ternyata kurang senang melihat rakan sejawat mengenakan baju yang mencolok mata. -CARI |
babelina replied at 11-1-2022 02:28 PM
taw xper.. mmg ada sebilangan guru2 yg mcm tu.. bdk2 skrg bkn cam dulu.. imaginasi dorg lg tgi..
prince_marhaen replied at 11-1-2022 04:07 PM
Kembali lagiiiiiiii dalam rancangannnnnnnnnnn "Setazah Semah Nak Komen Apa Hari Ni?"
Aaaaa gittchew ...
krustykrab replied at 11-1-2022 04:17 PM
Hahahah..kan
Tak habis2 menyemak kat.medsos cari publisiti
prince_marhaen replied at 11-1-2022 04:07 PM
Kembali lagiiiiiiii dalam rancangannnnnnnnnnn "Setazah Semah Nak Komen Apa Hari Ni?"
Aaaaa gittchew ...
prizadane replied at 11-1-2022 04:48 PM
sebenarnya rakan sejawat dalam sekolah la kena tegur. iols ada ramai kawan cikgu, tapi so far kawan- ...
prizadane replied at 11-1-2022 04:48 PM
sebenarnya rakan sejawat dalam sekolah la kena tegur. iols ada ramai kawan cikgu, tapi so far kawan- ...
ADVERTISEMENT