CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengikut Ajaran Flat Earth Percaya Bentuk Bumi Berlubang Macam Donut

11-1-2022 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1881| Komen: 16

London – Sebilangan pengamal ideologi ‘Bumi mendatar’ percaya bahawa planet ini berbentuk seperti donut yang mempunyai sebuah lubang besar pada bahagian tengahnya, lapor akhbar Daily Star.


Menurut ‘Teori Bumi Donut’ yang dipercayai mereka, Bumi ini berbentuk seperti cincin atau ‘torus’ bagi terma yang kedengaran ‘agak saintifik’.

Teori tersebut mula dikeluarkan oleh seorang pengamal ideologi itu, Dr. Rosenpenis dalam sebuah forum pada 2008, dan ia asalnya dikeluarkan sebagai satu bentuk gurauan. 


Foto: Getty

“Saya menggunakan perisian akademik astrofizikal profesional bagi membina sebuah model Bumi berbentuk donut dengan ruang angkasa yang ‘enak’ dan Bumi yang disaluti dengan ‘gula’,” katanya.


Gurauan itu bagaimanapun berkembang menjadi satu idea yang dipercayai dengan sebilangan pengikut mendakwa bahawa manusia tidak dapat melihat lubang pada bahagian tengah Bumi disebabkan cara cahaya membengkok.

Sementara itu, seorang lagi pengamal ideologi tersebut yang dikenali sebagai Varaug berkata, dia percaya bahawa Bumi berbentuk seperti donut, namun disebabkan cahaya berada dalam bentuk melengkung, keadaan itu sukar dijelaskan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 11-1-2022 08:24 AM
kalau bumi donut...planet mana pula bentuk terung?
Quote MissYouSayang 11-1-2022 08:29 AM
Saintis gay ke ni. Tau la donut tu berlubang. Aihh ghisauu
Quote buragazz 11-1-2022 09:13 AM
Konon2 dengan berkata begitu ada lah pihak akan menjemput diorang pergi ke angkasa free sebab nak tunjuk bukti pada diorang...
Quote Solokkk 11-1-2022 09:17 AM
Dah tak boleh tolong pangai bodon macam nih
Quote AKAZ85 11-1-2022 01:26 PM
dulu pakai teori flat earth tu pon dah merepek..inikan pulak bentuk donat pulak.. osah pandir ehhhhh geng2 sohai bewok inehhhhh
Quote Artemesiaa 11-1-2022 01:47 PM
Dah donat pulak macam2 teori berbangkit sekarang ni
Quote tumpanglalu74 11-1-2022 09:35 PM
download_1.jpg
Quote sharlenetexas 11-1-2022 09:37 PM
MissYouSayang replied at 11-1-2022 08:29 AM
Saintis gay ke ni. Tau la donut tu berlubang. Aihh ghisauu

Sebab tu roket bentuk lonjong.

Quote JohnDeSouza 11-1-2022 10:45 PM
sharlenetexas replied at 11-1-2022 09:37 PM
Sebab tu roket bentuk lonjong.

aerodinamik la
Quote matchstick 11-1-2022 11:09 PM
tumpanglalu74 replied at 11-1-2022 09:35 PM

Kalau bumi bentuk mcm ni org yg duk kwsn lubang donut tu bila teropong boleh nmpk the opposite site je la kan Tak dpt teropong Bulan Bintang di angkasa
Quote Shazid 12-1-2022 08:27 AM
Dulu flat earth, sekarang donut earth, akan datang triangle earth kot
Quote AnBulisia 12-1-2022 09:35 AM
Dr Rosenpenis??

nama pun sesuatu sangat
Quote Firenzza 12-1-2022 12:36 PM
Dah nmpk bulan & matahari tu bulat dh knp bumi plk mcm pelampung, nk berenang kt mna tu?
Quote nikaido 12-1-2022 02:16 PM
Pengamal flat earth mestilah sangka bumi ni mendatar flat. Yg bentuk donut ni dipanggil Donut Earth Theory
Quote lipans 12-1-2022 02:35 PM
orang kat tengah lubang donut mesti tak pernah nampak bulan & matahari terpacak atas kepala.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.129638 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top