Oleh : Izzah Abbasy Trend untuk tampil cantik dan bergaya pada pagi raya adalah dengan menggayakan hijab yang sedang popular. Menjadi perkara penting pada pagi raya untuk tampak ringkas, namun penuh dengan gaya keanggunan. Pasti ramai yang memuji penampilan anda jika anda menggayakannya dengan betul. Sedar atau tidak, kurang dua minggu lagi untuk kita menyambut hari raya dah semestinya wanita di luar sana sibuk mencari hijab yang sesuai untuk digayakan di pagi raya. Al-maklumlah, pening dengan lambakan fesyen terkini sehingga tidak tahu nak pilih yang mana satu. Dari gaya tudung bawal biasa, shawl dan tudung eksklusif semuanya cantik jika anda pandai menggayakannya. Jadi, pilihan hijab yang mana menjadi gaya dan tarikan anda di pagi raya? Jom, sama-sama kita lihat rekaan hijab popular kini. Aidijuma Tampil gaya ringkas secantik Norjuma Habib Mohamed. Rekaan yang diketengahkan pada fesyen Aidijuma sentiasa segar dan ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan bawal yang terbaru daripada Aidijuma. Jangan ketinggalan untuk dapatkan Black Label, Blue Label, Green Label, Pink LAbel dan White Label di Concept store. Sumber Foto : instagram.com/aidijuma Fareeda Tudung FAREEDA berkualiti tinggi dan menjadi tudung eksklusif No. 1 di Malaysia. Jualan Masyhur Aidilfitri Fareeda dengan menawarkan Tudung Fareeda Nour Suraioya "Crown Arabia Diamond" dan "Arabia Diamond" Terbaru. Sumber Foto : instagram.com/fareedascarf Sugarscarf Jom dapatkan Madison Express Signature dari Sugarscarf yang menampilkan koleksi seperti Madison Classic, Madison Luxe Print, Madison Sofia Latin, Juliette Madison Printed dan Juliette Madison Basic. Persis bidadari jika digayakan pada pagi raya. Sumber Foto : www.facebook.com/sugarscarf/photos_stream Radiusite Maisara Printed, Rabiah Sulam Exclusive, Tihani Cotton Semi Instant, Mable Semi Instant dan Tilia adalah koleksi terbaru dari Radiusite. Gaya yang sempurna menambahkan lagi seri pada pagi raya. Sumber Foto : www.facebook.com/Radiusite/photos_stream Naelofar Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Neelofa, pasti mahu tampil persis si cantik Neelofa dengan Koleksi Raya dari Naelofar Hijab seperti Babes & Basic, Chic & Basic, Classic & Basic, Rapunzel, Classy Coco, Lady Angelina, Aurora, Lady Love dan Miss Grace. Sumber Foto : http://websta.me/n/noorneelofa Rambang mata untuk memilih kesemua hijab di atas? Dengan pelbagai koleksi hijab ditambah pula model yang cantik memakainya menjamu mata anda. Sudah pasti anda menggigit bibir melihatnya. Segera dapatkannya sebelum anda menyesal di pagi raya. Serikan hijab anda dengan busana yang sesuai bagi menambah lagi keanggunan yang sedia ada. Harus ingat, tampil ringkas di pagi raya akan menambah lagi kelembutan dan kesopanan anda sebagai wanita. Bab kata pepatah, "alah membeli menang memakai". - CARI Infonet
|
41
Bagus |
30
Marah |
28
Terkejut |
34
Sedih |
37
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
poyohabis: Naelofa je yg den mampu..yg lain x mampu
adik_coklat: Bli yg truan je r. X pong bli yg xde brand. X pahei btoi aku tdung2 yg bleh jumpe kt psr mlm dijualnye bratus2. Pokai mak nokss law semate2 nk bli tdu ...
CARI-IIN replied at 7-7-2015 01:59 PM
Kenal ke? Salam Ramadhan dari saya.
ADVERTISEMENT