CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susah Bernafas Pun Rela, Wanita Sanggup Menderita Demi Fesyen

10-1-2022 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1792| Komen: 11

Washington – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita adalah 12 kali lebih berkemungkinan menderita kerana mementingkan fesyen berbanding lelaki, lapor laman berita Mail Online semalam.


Penemuan itu diterbitkan menerusi jurnal Sex Roles di AS.

Menerusi kajian tersebut, golongan wanita didapati 12 kali ganda lebih berkemungkinan memakai kasut tidak selesa kerana pengaruh fesyen berbanding lelaki.


Gambar Hiasan, Foto: Shutterstock

Wanita juga lebih rela memakai pakaian yang meninggalkan kesan pada kulit sehingga membuatkan mereka hilang tumpuan dan menghalang daripada menarik nafas panjang akibat mementingkan fesyen.


Kajian sama turut mendapati bahawa wanita juga berkemungkinan akan memakai pakaian yang mengganggu rutin mereka kerana memerlukan pemantauan dan penyesuaian berterusan sepanjang hari.

“Saya fikir ada baik dan buruknya tentang ini. Memakai pakaian tidak selesa kadang-kala membuatkan seorang wanita dilihat lebih menarik, profesional dan berkuasa,’’ jelas penulis kajian tersebut, Renee Engeln yang merupakan seorang profesor psikologi di Universiti Northwestern Universiti,  AS. 

“Ia membantu untuk dilihat sedemikian di tempat kerja. Tetapi jika pakaian anda membataskan keupayaan untuk bergerak, bernafas atau fokus, itu adalah pengorbanan yang tinggi hanya untuk dilihat lebih menarik,’’ tambah beliau. – CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 10-1-2022 09:58 AM
“Saya fikir ada baik dan buruknya tentang ini. Memakai pakaian tidak selesa kadang-kala membuatkan seorang wanita dilihat lebih menarik, profesional dan berkuasa,’’ jelas penulis kajian tersebut, Renee Engeln yang merupakan seorang profesor psikologi di Universiti Northwestern Universiti,  AS.
Quote sukacactus 10-1-2022 10:27 AM
Definitely not me!
Comfort & modest come first
Lagi pun aku keje kat umah je
Quote uori 10-1-2022 10:33 AM
beauty is pain, ha gitchuuuuuu   
Quote lattehazelnut 10-1-2022 11:39 AM
Diorg kira x lelaki mcm sajad pakai bengkung n heels.. tu belum plastic surgery..
Quote Supersirap 10-1-2022 12:49 PM
Janji menutup aurat dan bersederhana dalam keterampilan
Quote Artemesiaa 10-1-2022 12:53 PM
Nak berfashion pun jangan sampai jadi mangsa fashion less is more kata omputih
Quote Shazid 10-1-2022 12:59 PM
Percaya je...lagi2 klu tgk fesyen ratu cantik...ade yg sampai lebam dan bercalar kulit dek material baju yg bukan2
Quote Decaffeinated 10-1-2022 01:11 PM
Untuk nampak elok memang kena berkorban lah sikit.

nak selesa pakai cawat jelah. berangin je.

Quote Dwdrum 10-1-2022 01:16 PM
Group begini ramai di barat... Ussr.. korea...erebs dan persians  Memang cari perfection... Tetapi group begini ber cuti di SEA... Tidak ikut specification decent beauty ummah SEA depa akan kata gang sajat... Cerita benar... Di panggil bakla.. Katoey or pondan
Quote intan244 11-1-2022 11:44 PM
wfh, dok rumah sorg bogel pon boleh
Quote tumpanglalu74 12-1-2022 12:04 AM
asdsdgdgfhf-1280x720.jpg

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.126535 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top