CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sistem Kumbahan Meletup. Banjir Tahi Dalam Rumah

10-1-2022 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1547| Komen: 8

London – Seorang wanita dari Essex, England, berdepan situasi menjijikkan apabila sistem kumbahan pangsapurinya meletup dan melimpahkan najis manusia, lapor akhbar Daily Star.


Mikayla Collins, 33, berkata,  dia terpaksa berpindah keluar buat sementara waktu kerana setiap sudut rumahnya dipenuhi tahi berwarna coklat.

Berdasarkan beberapa keping imej yang dimuat naik di media sosial, kediaman Collins dilihat dipenuhi dengan air berwarna coklat selain tisu tandas memenuhi lantai.

Foto: SWNS

Tab mandi dan tandas pula dipenuhi dengan cecair keruh berwarna coklat yang terdiri daripada najis dan sisa kumbahan lain.


“Apa yang anda lihat itu adalah air tandas, air daripada mesin basuh dan semua jenis saliran dari jiran di tingkat atas serta semua objek yang dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Ya, itu adalah najis manusia. Berkemungkinan terdapat banyak penyakit memenuhi rumah saya sekarang dan ini merupakan satu isu kesihatan awam,” kata Collins di akaun Facebook miliknya.

Syarikat pemilik hartanah tersebut, Sanctuary Housing, telah membuat permohonan maaf terhadap insiden itu dan mendakwa telah mengarahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi membolehkan Collins kembali ke pangsapuri itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 10-1-2022 09:04 AM
Tuuuu dia mandi tahik baq hang. Tapi ada sekoq mangkaq gay otak bodo dah lali mein tahik ni hahaha bukan aku hat habaq, dia hat pi ngaku. Lap pakai pa tak tau dia habaq kemarin. Ada juai kot watson
Quote zaianim 10-1-2022 09:24 AM
Bersyukur lah dugaan sebegini tak berlaku kat rumah kita
Quote musangbodoh 10-1-2022 10:21 AM
tobat dh bersih pun x duduk dah...
Quote chinta89 10-1-2022 10:28 AM
omg lmbt dibersihkan habis la bau payah hilang
Quote Mooverine 10-1-2022 10:29 AM
Masa letupan berlaku, si Mikayla ada kat rumah tak rasanya?
kalau dia sampai rumah nampak kesan lepas letupan, tak apa la..
jangan la letupan berlaku masa dia kat rumah.. uhhh takleh imagine horrornya..
melekat-lekat sisa kumbahan kat muka, badan..
Quote Shazid 10-1-2022 02:01 PM
Kebang tekak weiiii...tp kesian die
Quote any42 10-1-2022 03:36 PM
klau i dh pindah trus xmmpu nk dok tbayang ksan tahi kt skeliling wlaupun dh dbersihkn
Quote cmf_premierleag 10-1-2022 03:42 PM
binaan ciptaan british kokesen pun hauk ke?
flat pprt dbkl elok jah  walau dh bertahun2 dibina..ehh

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034126 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top