CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pembalakan Bukan Punca Banjir, Netizen Kutip Fakta Tepi Longkang Dan Reban Ayam,"-Menteri Besar Kedah

7-1-2022 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4346| Komen: 56

Alor Setar: Tuduhan kononnya pembalakan menjadi punca utama kepada bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini, bukanlah 100 peratus betul sebaliknya hanya persepsi disebarkan pihak tertentu.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemerhatian beliau mendapati kayu-kayu yang tersangkut di sungai atau ‘naik’ ke rumah orang akibat banjir baru-baru ini juga bukanlah kayu balak sebalikya terdiri daripada pokok yang tidak boleh dijadikan balak.

“Siapa biasa duduk dalam hutan dia memang tahu bahawa yang tersangkut itu bukan balak pun sebaliknya pokok yang memang senang tercabut. Macam yang berlaku di Titi Hayun dekat Yan sebelum ini, satu negara tuduh ada pembalakan di Gunung Jerai tetapi datang fakta dan perincian, ternyata tak ada pembalakan di Gunung Jerai.

“Kalau kita mengalah awal dan tak menjawab berhubung isu berkenaan, orang akan percaya kononnya berlaku pembalakan. Ini masalah netizen yang hanya bercakap dengan mengutip fakta tepi longkang dan reban ayam, kemudian dakwa ‘benda’ itu betul,” katanya.



Sanusi, Foto: Utusan Online

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) bersama Universiti Sains Malaysia (USM), Permodalan Kedah Berhad (PKB), Hayun Land Sdn. Bhd., Kedah Agro Holdings Berhad dan MHC Trading Sdn. Bhd. di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, setiap fakta mahu pun tuduhan yang hendak dilakukan sepatutnya turut mengambil kira fakta dari pihak berwajib seperti Jabatan Perhutanan serta Jabatan Alam Sekitar yang akan mengeluarkan laporan lengkap.

“Kalau betul banjir besar disebabkan oleh pembalakan, di Selangor berlaku banjir besar juga tetapi tak ada pembalakan. Di Wilayah Persekutuan tak ada pembalakan tetapi fasal apa ada banjir?

“Jadi tuduhan banjir berpunca daripada pembalakan sebenarnya bukan 100 peratus betul. Masalahnya sekarang ini orang ramai terdedah kepada benda tidak berfakta untuk dipercayai yang akhirnya menjadi pegangan bahawa pembalakan adalah punca banjir,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menempelak pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka sebagai pencinta alam sekitar namun tidak mendalami akan langkah-langkah yang diambil industri pembalakan dan penjagaan alam.

“Ada orang sebut dia pencinta alam sekitar, di mana ada balak, semua dia pegi teriak (menangis). Susahlah macam itu sebab pembalakan ada jabatan yang kawal dengan semuanya mengikut protokol antarabangsa antaranya Deklarasi Rio dan Protokol Kyoto.

“Semua peraturan ini dibuat di negara ini berdasarkan protokol yang kita tandatangani di peringkat antarabangsa dalam industri pembalakan, perhutanan dan alam sekitar. Bukan tandatangan di Facebook, Twitter atau Tik Tok kerana itu semua tak boleh pakai,” katanya.

Sebelum ini, kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung dikaitkan dengan aktiviti pembalakan berdasarkan kejadian sisa pokok kayu yang ditemui di kawasan rumah penduduk selepas air surut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 7-1-2022 08:23 AM
" ok hujung tahun ni mari rumah ambik title.. "  
Quote saviour_09 7-1-2022 08:24 AM
“Ada orang sebut dia pencinta alam sekitar, di mana ada balak, semua dia pegi teriak (menangis). Susahlah macam itu sebab pembalakan ada jabatan yang kawal dengan semuanya mengikut protokol antarabangsa antaranya Deklarasi Rio dan Protokol Kyoto.

dia ni bodoh ke apa?

memang lobai makin macam ni ke?

meh pahang ni tengok hutan jadi apa la babi
Quote kakikuDibibirmu 7-1-2022 08:25 AM
Ffira Mikah tersenyum sinis
Quote slyfynx 7-1-2022 08:32 AM
Diorang ni bercakap xde orang tapiskan ke?
Banjir tu banyak sebab, encik.
Di setiap tempat puncanya berbeza2.
Pembangunan tak strategik, hilang kawasan tadahan hujan dan macam2 lagi.
Manusia bila di atas mula la riak.
Jangan anggap orang lain bodoh,
Jawab dengan berhemah la.
And orang persoal fakta, kalau guna data dr pihak anda, buat ape deme persoal.
Sbb data tu dr korang jg.
Quote capiloton 7-1-2022 08:41 AM
lobai pas mana pernah cerdik,
bukak jer mulut nampak munafik nya
Quote kucingitam 7-1-2022 08:45 AM
memang tak pernah pergi sekolah ke ceemana ni?
Quote Firenzza 7-1-2022 08:49 AM
kakikuDibibirmu replied at 7-1-2022 08:25 AM
Ffira Mikah tersenyum sinis

Hahahaha...yg ni lawak
Quote takayama 7-1-2022 08:50 AM
dia ni lbh baik diam ajelah
jaga kedah sudahlah ni sibuk nk mencapub negeri lain plk lps tu entah apa2 keluar dr mulut dia
Quote buragazz 7-1-2022 08:59 AM
Abis tu kayu2 yang hanyut dah siap terpotong tu adakah disebabkan kelajuan air yang tinggi menyebabkan ianya terpotong cantik...
Quote babelina 7-1-2022 08:59 AM
kerajaan bongok.. semua projek yes2.. pemantauan pastu xde.. dh jd baru nk cari punca... phuiiii...
Quote AznieBunnie 7-1-2022 09:12 AM
dia ni plak kutip fakta dalam jamban.
adohai..
Quote prince_marhaen 7-1-2022 09:28 AM
mulut dia pun lebih kurang sama je macam bontot ayam...semua isu luar drpd negeri dia nak ulas...lepas tu buat muka macam ayam berak kapur lepas kena query... lepas tu pok pek lagi mulut macam taik ayam..
Quote jebatmaspunyer 7-1-2022 10:47 AM
kalau banjir pokok tercabut, dia sekali dengan akar tau.. bukan clean mcm kena potong ngan mesin..
Quote squeeze 7-1-2022 10:55 AM
pekat betol banggang dia ni memang takde campur air langsung
Quote cmf_PariS 7-1-2022 10:59 AM
dia ni bodoh ke lembam ek?
Quote tungkai 7-1-2022 10:59 AM
Gambar2 dgn drone semua tu fakta tepi longkang dgn reban ayam ke? Buat comparison dgn insiden Gunung Jerai pun agak2 la weiii.....
Quote Orix 7-1-2022 10:59 AM
dia ni tgok muka pun tahu x cerdik
Quote renko 7-1-2022 11:00 AM
Sesuai la jadi MB..Memang Bangang
Quote pekanwoohoo 7-1-2022 11:00 AM
Menteri PAS apalah yang nak diherankan sangat. Diorang ni memang bebal bab hal-hal dunia ni. Kalau menunggang agama memang diorang champion. Bila-bila masa je diorang boleh petik ayat Al-Quran untuk menghalalkan kerja-kerja pembalakan diorang ni. Yang perlu diherankan adalah kenapa masih ramai lagi walaun percaya diorang ni. Sebab diorang ni lah negara tak habis-habis dengan bala.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.515283 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top