CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilarang Masuk Tanpa Swab Test, Wanita Sarat Hamil Sampai Keguguran Tunggu Di Luar Hospital

7-1-2022 07:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1280| Komen: 6

Beijing: Pegawai kanan China yang bertanggungjawab terhadap sekatan pergerakan di Xi'an memohon maaf selepas seorang wanita hamil mengalami keguguran kerana dilarang memasuki hospital tanpa ujian Covid-19.


Video yang membabitkan wanita hamil lapan bulan itu tular di media sosial.

Ia dikongsi anak saudara mangsa pada 1 Januari lalu yang turut meliputi gambar dan video wanita berkenaan duduk di bangku plastik di luar hospital dalam keadaan berlumuran darah.


Foto: AFP

Hantaran berkenaan kemudiannya dibuang namun ia sempat ditonton dan dikongsi jutaan pengguna media sosial hingga menimbulkan kemarahan warganet.


"Saya mewakili suruhanjaya kesihatan Xi'an memohon maaf kepada pesakit berkenaan," kata pengarah Liu Shunzhi kepada wartawan sambil berdiri dan kemudian menundukkan badannya kepada penonton.

Liu berkata, pihak hospital diarahkan membayar pampasan kepada wanita berkenaan dan memohon maaf kerana akses kepada penjagaan kesihatan tidak berapa lancar ketika pandemik.

Pengurus Besar Gaoxin Hospital - lokasi kejadian itu berlaku - kini digantung kerja, termasuk kakitangan yang bertanggungjawab dalam insiden itu.

Berdasarkan hantaran pada 1 Januari lalu yang tular di Weibo, seorang kakitangan hospital enggan menerima kemasukan seorang wanita yang sarat hamil selama dua jam kerana dia tidak memberikan bukti ujian negatif bagi Covid-19 dalam tempoh 48 jam sebelumnya.

Anak saudaranya berkata, ujian berkenaan tamat tempoh beberapa jam sebelum dia ke hospital. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 7-1-2022 07:52 AM
Allahuakbar!! dah 8 bulan gugur...sedihnya
Quote airmineral 7-1-2022 08:21 AM
naya btol kat org
Quote MoonRise 7-1-2022 09:11 AM
buat naya betul. orang tu dah hilang anak.
Quote buragazz 7-1-2022 09:14 AM
Apoo.. memang patut kene gantong.. bangang.. klu kat ibu pertiwi pun nak admitted baru kene buat swab kan...
Quote hareeeesah 7-1-2022 09:18 AM
8bulan pun dikira keguguran ek? Baru aku tau..
haa terus gantung kerja semua. Kat sini buat salah pun takpa, rasuah terangan lagi takpa pakat sambung kerja sampai mampuih..
Quote Suchi 7-1-2022 05:39 PM
buragazz replied at 7-1-2022 09:14 AM
Apoo.. memang patut kene gantong.. bangang.. klu kat ibu pertiwi pun nak admitted baru kene buat swa ...

Ya tp masa anak iols nak masuk wad aritu dedua kena swab, anak kena PCR iols sbg pnjaga kena RTK.
Result dapat dlm tempoh 24jam, so kiteorg duk kat wad isolation dulu sebelah je dgn wad yg betul tu cuma diasingkan la nnt dapat result baru pindah situ kalau -ve.
Doc n nurse dtg melawat cam biasa je, mcm makanan semua bekas pakai buang la.
Takde plak kena tunggu kat luar lelama tetap tidur dlm wad juga.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.159966 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top