CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ciptaan Serupa Manusia Langgar Undang-Undang Islam, Taliban Arah Peniaga Potong Kepala Mannequin

6-1-2022 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1742| Komen: 18

Kabul: Taliban didakwa mengarahkan pemilik kedai di barat Afghanistan untuk memotong kepala boneka pakaian (mannequin) dengan alasan ciptaan seperti bentuk manusia melanggar undang-undang Islam.


Klip video yang menunjukkan lelaki menggergaji kepala patung di kedai di Herat, tular di media sosial, lapor AFP.

Sejak kembali berkuasa pada bulan Ogos, Taliban melaksanakan undang-undang Islam.


Foto: AFP

Perkara itu disahkan kepada AFP oleh ketua kementerian promosi kebajikan dan pencegahan maksiat di Herat, Aziz Rahman.

Beberapa pekedai cuba melanggar perintah membuang kepala patung dengan menutupnya dengan selendang atau beg, tetapi Aziz berkata, itu masih belum cukup.

"Sekiranya mereka hanya menutup kepala atau menyembunyikan keseluruhan patung, malaikat tidak akan memasuki kedai atau rumah dan memberkati mereka," katanya.

Beberapa pekedai di bandar yang mempunyai kira-kira 600,000 penduduk itu marah dengan arahan itu.

"Seperti yang anda lihat, kami sudah memotong kepala patung.

"Apabila tiada boneka pakaian, bagaimana anda mengharapkan kami menjual produk kami? Pelanggan suka apabila pakaian itu disarungkan dengan betul pada patung"," kata seorang penjual pakaian, Basheer Ahmed, sambil menambah setiap boneka berharga sekitar AS$50 (kira-kira RM210).

Selepas kembali berkuasa pada 15 Ogos, Taliban menjanjikan gaya pemerintahan yang lebih lembut berbanding peraturan keras ketika tempoh pertama mereka berkuasa dari 1996 hingga 2001. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xAthenax 6-1-2022 12:09 PM
wait for it wait for it
soon ada yang copypaste di negara tercinta
Quote dodolgemok 6-1-2022 12:19 PM
Bila penyembah taliban nak pindah sana?
Quote krustykrab 6-1-2022 12:24 PM
Kalau nk jual tudung, kena gayakn tudung tu kat kepala..kalau tak blh ada kepala nk gayakn kt mana?
Dh la ko bungkus pompuan2 kt sana sampai x nmpk apa, suruh je la jantan2 yg gayakn fesyen2 wanita kalau dah susah sgt
Quote cmf_premierleag 6-1-2022 12:29 PM
sejak taliban took over ni,msia ada buat any diplomatic r/ship ke dgn depa?
ada ke duta/diplomat msia dihantar ke sana?
Quote RED 666 6-1-2022 12:32 PM
org melayu kita ramai yg sokong taliban ni
Quote prince_marhaen 6-1-2022 12:34 PM
awat? patung mannequin pun jantan afgan boleh stim keras kotey ka? dah lah pompuan semua kena berbungkus macam apa...tang perempuan semua kena ikut syariat, tang perangai jantan timur tengah, paki, india, arab, apa semua yang buat perempuan & manusia lain macam hamba tak fikir pulak puak-puak ni...
Quote AbukRokok 6-1-2022 12:46 PM
jealousy much dgn patung
Quote saviour_09 6-1-2022 01:11 PM
so barbie dolls anak aku kena beheaded jgk tak ni?
Quote ChildrenOfBodom 6-1-2022 01:13 PM
Rindu nk kerat pala orang laa tu..sejak2 jadi gomen ni kena cover la gian nk jd terrorist extremis
Quote umbut 6-1-2022 01:22 PM
Kita pun ke arah telibennnn.. dah byk penyokong aku nengok..
Quote krustykrab 6-1-2022 01:27 PM
cmf_premierleag replied at 6-1-2022 12:29 PM
sejak taliban took over ni,msia ada buat any diplomatic r/ship ke dgn depa?
ada ke duta/diplomat msi ...

Kalau ada htr je hadi awang sefamily ke sana, jgn bg apa2 keistimewaan apa2..tgk blh tahan ke idok
Quote dua_chzy 6-1-2022 01:28 PM
Memang pun jika ikut ajaran Islam sebenar, main catur pun tak boleh kan. Kerana dianggap melalaikan.
Quote FOTHER-MUCKER 6-1-2022 01:50 PM
5 tahun lagi msia akan buat benda yang sama!

Quote haluz 6-1-2022 03:28 PM
dua_chzy replied at 6-1-2022 01:28 PM
Memang pun jika ikut ajaran Islam sebenar, main catur pun tak boleh kan. Kerana dianggap melalaikan.

Bukan main catur je x boleh... Semua permainan pun klu dah melalaikan dikira x boleh.
Quote tripleid 6-1-2022 04:04 PM
"Sekiranya mereka hanya menutup kepala atau menyembunyikan keseluruhan patung, malaikat tidak akan memasuki kedai atau rumah dan memberkati mereka," katanya.."



Bila masa pulak afganistan tu diberkati bwh taliban??perang,huru hara je x abis2 sejak beratus tahun..kalau nak kira berkat, negara kapir mcm uk, jerman,sweden etc tu terlajak2 berkatnya dekk ampai ummah berebut2 nak dok sana tak kira cara haram or halal
Quote skippy 6-1-2022 04:38 PM
bukankah tindakan taliban betul? dlm islam , memang tak blh simpan patung kan? that's what i've read so far
Quote Decaffeinated 6-1-2022 06:21 PM
skippy replied at 6-1-2022 04:38 PM
bukankah tindakan taliban betul? dlm islam , memang tak blh simpan patung kan? that's what i've read ...

Yup. Patung itu laksana berhala.

Kalau patung seksi tak tau lah berhala ka tak.


Quote dua_chzy 6-1-2022 06:36 PM
haluz replied at 6-1-2022 03:28 PM
Bukan main catur je x boleh... Semua permainan pun klu dah melalaikan dikira x boleh.

Ya betul. Berforom pun sah2 haram.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051691 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top