Washington – Anggaran nilai bersih aset Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk melonjak kepada lebih AS$304 bilion (RM1.27 trilion) kelmarin, lapor akhbar New York Post.
Kekayaan Elon Musk meningkat lebih AS$30 bilion (RM125.7 bilion) susulan kenaikan 13 peratus harga saham Tesla dalam dagangan Isnin lalu berikutan laporan penghantaran kenderaan yang melonjak. Nilai bersih aset Elon Musk sebelum ini melebihi AS$300 bilion (RM1.257 trilion) iaitu pada November tahun lalu, demikian menurut majalah berita Forbes. Beliau adalah orang pertama dalam sejarah yang mencapai kejayaan tersebut. Musk adalah orang terkaya di dunia pada masa ini. Ketua Pegawai Eksekutif firma fesyen Perancis LVMH, Bernard Arnault menduduki tempat kedua dalam senarai Forbes, diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos di tempat ketiga. Tesla menghantar 308,600 kenderaan pada suku fiskal keempatnya, dengan mudah melepasi unjuran penganalisis. Bagi tahun fiskal 2021, penghantaran pembuat kereta elektrik itu melonjak 87 peratus kepada 936,172 kereta elektrik. Kedua-dua jumlah suku tahunan dan seluruh tahun itu mewujudkan rekod syarikat yang baharu. Penilaian pasaran Tesla mencecah kira-kira AS$1.2 trilion (RM5.03 trilion) berikutan kenaikan saham terbarunya. – CARI Sumber: Kosmoa
|
Cleocatra replied at 6-1-2022 10:36 AM
Hanis Haizi tak nak try abam elon ke
ifanonline replied at 6-1-2022 12:01 PM
Elon Musk berusaha ke arah kekayaannya...sultan2 melayu buat ape?
pasa replied at 6-1-2022 04:45 PM
eh eh lupa ke Lim Gone Eng berjaya kelentong korang cakap hutang kerajaan malaysia 1 trillion ...
ifanonline replied at 6-1-2022 04:48 PM
kuat isap buah pelir guan eng ke ni?
pasa replied at 6-1-2022 04:49 PM
Pelir nok ko isap ye mendunia uols..
ko kan sokong PH kuat menipu.
ADVERTISEMENT