CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suki Kagum Sungguh Dengan Suara Dan Vokal Khai Bahar

6-1-2022 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2334| Komen: 6

Meskipun sudah hampir dua minggu berlalu, namun peminat-peminat masih belum ‘move on’ dengan kehebatan persembahan duet peserta Gegar Vaganza 8 (GV8), Suki Low bersama dengan Khai Bahar.


Mengimbas kembali persembahan dalam minggu keenam GV8, Suki muncul sebagai juara mingguan dengan perolehan markah sebanyak 83.7. Menerusi gandingan bersama lagu Tiga Malam Tanpa Bintang nyanyian asal Fiq Mentor,Suki ketika ditemui Murai.my baru-baru ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkata dia berterima kasih kepada Khai kerana sudi berduet dengannya selain mudah untuk bekerjasama.

Foto: IG

“Saya sangat bersyukur apabila dapat bernyanyi bersama Khai Bahar. Persembahan itu merupakan salah satu persembahan terbaik saya selama ini. Saya rasa apa yang paling gembira adalah saya dapat menambah rakan-rakan yang berkongsi visi yang sama dengan saya ketika membuat persembahan.


“Bagi saya itu sesuatu yang sangat jarang dilihat apabila kita mempunyai visi yang sama dan dapat melakukannya dengan yang terbaik. Memang menyeronokkan,” kata Suki.

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pemilihan Khai sebagai rakan duetnya, jelas Suki dia begitu mengagumi vokal yang dimiliki oleh penyanyi lelaki popular itu.



“Pihak GV sebenarnya ada bagi saya beberapa nama untuk berduet. Saya cakap, saya nak Khai terus mereka hubunginya dan tak sangka dia bersetuju. Saya memang sangat teruja sebab masa itu hanya mencuba nasib.

“Saya kagum dengan suaranya. Suara dia sangat bagus dan saya dah lama tengok dan mengimpikan untuk membuat persembahan bersamanya. Saya sampai hari ini tertanya macam mana dia boleh menyanyi dengan ‘key’ seperti itu dan saya sentiasa tengok persembahan-persembahan dia. Konsert dia pun ada tidak lama lagi kalau dia jemput saya mestilah saya akan pergi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kesudiannya untuk berkolaborasi bersama Khai, menurut pelantun Terlalu Mencintaimu ini dia sentiasa terbuka untuk melakukannya sekira diberi peluang pada masa akan datang.

“Kalau ada rezeki, bolehlah kami menulis lagu bersama-sama ke atau apa yang berkaitan dengan karier kami. Saya sentiasa terbuka untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan semua pihak.



Terima kasih kepada semua peminat terutama peminat Khai yang tidak putus memberi sokongan, dan saya dapat banyak kawan menerusi mereka. Sangat meriah dan saya sukakannya” katanya lagi.

Untuk info, Khai bakal adakan konsert pertama nya yang diberi judul sebagai Konsert Nafas Cinta Khai Bahar. Berlangsung di Petaling Jaya Performing Art Center (PJPAC) pada 12 Februari 2022, konsert itu turut menampilkan Adira Suhaimi dan Aina Abdul sebagai kemunculan istimewa. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riena3321 6-1-2022 09:00 AM
dah brp kali aku ulang depa nyanyi . best
Quote stingeritters 6-1-2022 09:07 AM
riena3321 replied at 6-1-2022 09:00 AM
dah brp kali aku ulang depa nyanyi . best

khai bahar banyak membantu menaikkheun markah suki.....kalau usop baran bergandingan dgn suki...ko ghaser?

kahkahkahkah
Quote Yokot 6-1-2022 09:09 AM
Seriously, duet tu betul-betul sedap!Tiga Malam Tanpa Bintang.
Quote Zezo 6-1-2022 09:09 AM
Dok ulang je lagu duet dia dgn khai bahar. Mmg upgrade A++ gubahan duet mereka ni. Suka sgt.
Quote ashilalat 6-1-2022 09:13 AM
Aku akui suara diorg mmg boleh blend dan key khai bahar tinggi dan boleh disetarakan dgn suki. Mohon rakam balik lagu tiga malam tanpa bintang tu dan tambah panjang.

Aku puji mmg sedap duet diorg malam tu.
Quote irvene 6-1-2022 10:00 AM
best sangat. duk ulang2 sampai ajm

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.041612 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top