CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baby Shima Pertahan Hetty Koes Endang, Minta Penonton Malaysia Terima Cara Indonesia

6-1-2022 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2759| Komen: 10

Baby Shima, 29, mengakui tindakan juri Gegar Vaganza 8 (GV8) Hetty Koes Endang mengajar peserta ketika memberikan komen terhadap persembahan mereka bukanlah sesuatu yang asing di negara itu.


Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, apa yang dibuat oleh Hetty atau lebih mesra dengan panggilan Bunda mungkin kerana terikut dengan gaya penjuriannya di sana.


Foto: IG

"Ia sebenarnya bagus juga kerana membawa satu pendekatan baru untuk program realiti kita. Sekurang-kurangnya komen dibuat bersama tunjuk ajar bagi memperbetulkan kelemahan. Ia bukan sekadar komen berbunyi 'persembahan awak malam ni menghiburkan' atau 'persembahan awak kurang menyengat'. 


"Seperti saya kata tadi, mungkin rakyat Malaysia tak biasa, tapi Bunda buat begitu sebab dia terbiasa dengan budaya seperti itu ketika jadi juri rancangan realiti tv Indonesia," katanya.



Terdahulu, ramai pihak melahirkan perasaan kurang senang atau rimas dengan gaya penjurian Hetty yang dikatakan berlebihan sedangkan peserta GV semuanya adalah penyanyi.

Shima yang pernah bergelar peserta pertandingan D'Academy Asia musim ketiga (DAA3) di Indonesia pada 2017 memberi contoh gaya penjurian rancangan terbabit serta Indonesian Idol, Rising Star dan banyak lagi sememangnya begitu.


"Penonton yang pernah tengok rancangan realiti TV Indonesia mungkin dah biasa nampak juri komen sambil memberi tunjuk ajar. Jadi, penonton di Malaysia pun mengapa tidak menerima cara baru ini. Di samping peserta dapat belajar, penonton pun boleh dapat sesuatu.

"Barulah mereka tahu juri itu ada ilmu dan berkualiti. Juri mengajar menandakan dia layak menjadi juri. Setakat komen semua orang boleh komen," katanya.



Menurut Shima, secara tidak langsung barulah juri itu ada kerja dan menunjukkan kualiti bahawa dia bukan calang-calang.

"Contohnya Mami Mas Idayu, secara peribadi saya banyak belajar juga daripada dia dan juri lain selepas membuat persembahan," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 6-1-2022 08:45 AM
Ko x abis2 dengan Indonesia kau.
Siti yang punye famous kat sana dulu pun x mcm kau.
Gi je la kat sana.
Quote Zezo 6-1-2022 09:12 AM
Please la. Indonesia cara indonesia. Malaysia cara malaysia. Lagipun, kita Malaysia ni bukan jenis hadap 24 jam hiburan je. Kadang2 bila tgk program astro skrg ni, banyak sgt tiru dan berbaur ala indonesia. Nampak kuno sgt. Tapi bab sound system dan kamera indo. Respect. Content dorg dgn selitan sinetron. Ew sgt.
Quote zarulnazmi 6-1-2022 09:27 AM
Nak guna cara orang sana kat sana je lah. Kat sini tak payah nak bawa cara orang sana.
Quote epullipan 6-1-2022 09:29 AM
ko dok soh orang terima cara sana..this is MALAYSIA not INDONESIA..ko sokong la indon sebab ko kunun2 fofular disana..ko tukar kerakyatan terus le babi shima wei
Quote jibams 6-1-2022 10:07 AM
kalau nk compare kan industry hiburan Indonesia dgn Malaysia, Malaysia dah jauh ke belakang.. Thailand, Singapore, Indonesia adalah top 3.. Sad but true..

aku tgk apa yg Buk Hettikus buat kat gv tu lebih kepada mengajar dalam menjuri... Instead of komen2 cliché, better dia buat mcm tu.. ramai yg terhibur.. better than Tok Kat yg asik2 sampaikan kiriman salam dari ceruk hulu banat mana ntah.. ????
Quote cmf_PariS 6-1-2022 11:50 AM
jibams replied at 6-1-2022 10:07 AM
kalau nk compare kan industry hiburan Indonesia dgn Malaysia, Malaysia dah jauh ke belakang.. Thaila ...

betul... best apa bonda mengajar.. tk sendu la sgt gv...
Quote gigi 6-1-2022 12:11 PM
aku bukan nk sokong indon tapi sebab tu indon punya lagu dan musician dia memang mantap
Quote prince_marhaen 6-1-2022 12:21 PM
sundal ni memang semua benda nak menyibuk lepas tu kaitkan dengan dunia indon dia tu.... walhal kat indon kau tu macam retis-retis dangdut rumah orang kawin je...feeling je lebih...
Quote TeropongThaico 6-1-2022 01:24 PM
Ai ok je dgn cara bu hetty.
Tp minah ni macam terpaling pula. Sikit2 indon... Sikit2 indon...
Diarg lantik dia jd wakil ke utk komen apa2
Quote nakkomenjugak 6-1-2022 01:54 PM
moga sheol dijodohkan dengan mana2 mat yendon untuk memperkuatkan lagi rasa cintanya kat jiran sebelah

iol dont mind kalau juri komen mengajar.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.268540 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top