CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Joki Vaksin Dah Disuntik 17 Kali, Ambil Upah Daripada Antivaksin Yang Hanya Mahukan Sijil

6-1-2022 07:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1632| Komen: 15

Sulawesi Selatan: Polis di Indonesia sedang menyiasat seorang lelaki yang menjadi ‘joki vaksin’ apabila mendakwa telah disuntik 17 kali sebagai pertukaran dengan wang tunai daripada golongan antivaksin supaya mereka boleh mendapatkan sijil Covid.


Abdul Rahim, dari Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan, dalam satu rakaman video memberitahu dia adalah ‘joki’ bagi golongan antivaksin yang mahukan sijil vaksin, yang diperlukan untuk ke restoran dan pusat membeli-belah.

Memetik TribuneNews, dia berkata dibayar sehingga RM300 untuk mendapatkan suntikan vaksin Sinovac dan AstraZeneca buatan China, termasuk menerima tiga suntikan dalam satu hari.


Foto: Tribunenews


Lima belas orang telah mengupah Rahim yang turut menerima dos kedua untuk dua individu yang antivaksin.

Warga Indonesia akan diberikan pengenalan apabila mereka mendapat vaksin tetapi terdapat penipuan termasuk dakwaan bagaimana klinik di beberapa kawasan melanggar peraturan.

Polis telah menangkap orang yang disyaki membayar Rahim untuk tujuan ini.

Mereka juga sedang mempertimbangkan pertuduhan terhadap Rahim di bawah Undang-undang Penyakit Berjangkit Indonesia, yang mewajibkan hukuman penjara setahun bagi sesiapa yang ‘menghalang pelaksanaan kawalan wabak.’

Penipuan itu muncul ketika negara itu merekodkan kes komuniti pertama varian Omicron pada hari Selasa.

Indonesia mencatatkan sejumlah 265 kes baharu pada hari Selasa, dengan purata 222 jangkitan dalam tempoh tujuh hari lalu.

Hanya lima kematian dilaporkan di negara dengan 274 juta orang itu.

Kes joki vaksin di Indonesia bukanlah kali pertama muncul.

Bulan lalu, didedahkan seorang warga New Zealand telah menerima 10 suntikan vaksin dalam satu hari selepas dibayar untuk mendapatkan suntikan oleh antivaksin.

Lelaki itu, yang tidak dikenali, berpura-pura menjadi orang yang berbeza setiap kali dia melawat doktor.

Pihak berkuasa percaya antivaksin membayar lelaki itu supaya mereka boleh menikmati kebebasan yang sama seperti yang orang yang telah divaksin tanpa perlu mendapatkan suntikan.

Rakyat New Zealand mesti menunjukkan pas vaksin untuk masuk ke premis perniagaan dan menghadiri acara di negara itu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iman_kasih 6-1-2022 07:46 AM
Naaak jugak...hahahaha. takde sesapa ke yg buat macam ni kat Malaysia?
Budus!
Quote BartholomewKuma 6-1-2022 08:13 AM
Tuuuuu dia baq hang. Tujuh belaih kali tuuu. Hat dok sokong vaksin gila gila dalam ni buleh la jadi joki vaksin juga. Buat duet weih. Tambah buleh la hampa jadi case study kot depa hat nak tau kesan vaksin.
Quote BartholomewKuma 6-1-2022 08:14 AM
New zelen pun ada joki weiii. Malaysia bila nak buat
Quote Mooverine 6-1-2022 08:19 AM
aih nak leputtt tahan nya dia 16 suntikan. saya 3x ni pun dah semput-semput ja rasa
Quote akuHavocczz 6-1-2022 08:57 AM
Kalau dia kena covid jugak, nampak sangat lah tak berkesan vaccine ni.
Quote haruslah 6-1-2022 09:03 AM
Kat mlaysia confirm ade
Xyah joki kot
Cari kelenet yg sanggup dibayar tapi x yah cocok vax
Quote Suchi 6-1-2022 09:59 AM
Kena 17 kali pun sihat jaa dia

Boleh laa lepas ni kena cucuk setiap bulan
Quote Simunggu 6-1-2022 10:00 AM
tak jadi zombie pun mamat ni....
Quote musangbodoh 6-1-2022 11:30 AM
kuat snggh imun kwn tu
Quote Nenolen 6-1-2022 11:43 AM
so nak takut pasaipa cucuk vaksin...joki vaksin nie okay jer...tak jadi zombie punnn...satu hari 3x cucuk...perghhh...
Quote bakingsoda 6-1-2022 11:53 AM
BartholomewKuma replied at 6-1-2022 08:13 AM
Tuuuuu dia baq hang. Tujuh belaih kali tuuu. Hat dok sokong vaksin gila gila dalam ni buleh la jadi  ...

makan duit hasil bersubahat melakukan penipuan ko rasa halal? dah la amik risiko kena cucuk pastu kena share dosa lagi dgn antivax yg nak rasuah, baik provax tu gi mencuri jah
Quote Moyangkucing 6-1-2022 12:04 PM
Kebal sungguh kawan ni. Bayangkan 17 kali cucuk, mesti dapat campur2 vaksin nya kan? Kejap sinovac, kejap AZ, kejap Pfizer, Johnson... steady jer.. ker Indonesia guna sejenis jer vaksin? Kalau sejenis pun, dah 17 kali still standing... hebat
Quote selipar_hijau 6-1-2022 12:09 PM
perghh kental gila 17 suntikan. aku 1st dose pun terus tak bangun 2-3 hari
Quote Shazid 6-1-2022 12:27 PM
Memang opportunists betul...semoga bapak hidup lama yach!!
Quote Artemesiaa 6-1-2022 12:43 PM
Kerana wang dah tak fikir panjang

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.122612 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top