CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuntutan Lebih RM2.5 Juta, Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

5-1-2022 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1946| Komen: 5

Perbicaraan kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar hakim Mahkamah Tinggi.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua defendan, Sam Samin dan Aida G memberitahu jumlah kes saman secara keseluruhan sebanyak RM2.5 juta adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

"Sejak awal lagi kami sudah sedia kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana melihat kepada jumlah saman secara keseluruhan.

"Buat masa sekarang kami belum mendapatkan tarikh bagi perbicaraan selanjutnya di Mahkamah Tinggi," jelas Hafidzah kepada mStar.

Menurut Hafidzah lagi, dia dan dua anak guamnya sudah bersedia seperti mana perbicaraan yang dijalankan sebelum ini.

Foto: mStar Online


"Ada beberapa permohonan yang tidak didengari di Mahkamah Sesyen sebelum ini, jadi kami harap ia akan dapat dilaksanakan di Mahkamah Tinggi nanti.

"Daripada sudut undang-undang saya melihat kami mempunyai peluang baik dan sudah bersedia untuk kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Siti Nordiana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Siti Nordiana akan ambil tindakan saman terhadap Lan dan Syura serta tiga individu lain.

Siti Nordiana menfailkan saman terhadap lima individu kerana menfitnahnya di media sosial

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar hakim Mahkamah Tinggi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-1-2022 03:51 PM
Go sendayan! Go! Go! Go!
Quote Mulotkoyak 5-1-2022 04:30 PM
Yeayyyy harapan mng kes sgt tinggi. Jgn lupe blnje Nando’s.
Quote Cik_jantung 5-1-2022 10:13 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 10:34 PM

...........
Quote Orix 5-1-2022 11:02 PM
Benda basic pun lawyer nana failed….Apoooo… mmg cerah la harapan yg berlima tu nk menang nmpak gayanya.. semoga nana tak kena counter sue udoh lerr nana oii
Quote Nadiabella 6-1-2022 12:32 AM
Harap2 nana memang...macam kesian tgk dia....5 ekor tu memang patut kena saman.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.031915 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top