CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raysha Rizrose Tak Takut Kalau Percintaan Dengan Pelumba Kereta F3 Putus Tengah Jalan

5-1-2022 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3086| Komen: 9

Raysha Rizrose belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas kakaknya yang juga pelakon popular, Uqasha Senrose berkahwin sebelum ini.

Raysha yang juga kekasih pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri berkata, dia tahu selepas Uqasha bernikah baru-baru ini,  tumpuan kini akan beralih kepadanya.


Foto: IG

"Tekanan itu pasti wujud, tapi apabila orang tanya saya anggap ia satu doa. Saya belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini. Saya tak nak terlalu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Keutamaan saya sekarang adalah kepada kerjaya dan keluarga," katanya kepada Harian Metro. 


Menurut Raysha, biarpun hubungan cintanya dengan Nabil sudah terjalin dalam tempoh yang agak lama, dia tidak bimbang seandainya hubungan terbabit tidak kesampaian atau berdepan sebarang dugaan. 




"Sejujurnya tiada langsung perasaan itu sebab saya percaya dengan ketentuan Ilahi. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan dia, ia pasti akan berlaku. 

"Kalau ada jodoh adalah. Saya percaya dengan waktu tepat yang Allah sudah rancang untuk kami berdua. Insha-Allah apabila waktu itu sudah tiba, saya dengan gembiranya akan kongsikan kepada semua," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 5-1-2022 03:52 PM
Iyo laaa.. Nikah laa cepat.. Jangan jadi drama akak ko nak tunggu nikah sampai naik basi dah.. Orang lain dah beranak, xabis2 citer nikah ntah bila2.. Nasib jadi gak kawen ngan kamal kepam
Quote manehnya 5-1-2022 04:10 PM
bf dia ada iras mcm laki nena yg controversial tuh, related kah..

Quote shi_jewel 5-1-2022 04:13 PM
Lain muka dia dari nely n ungka...
Quote Mulotkoyak 5-1-2022 04:41 PM
Die berlakon kayu sangat. No expression. Cmne bole jd pelakon erkkk.
Quote laksmanabentan 5-1-2022 04:46 PM
Mulotkoyak replied at 5-1-2022 04:41 PM
Die berlakon kayu sangat. No expression. Cmne bole jd pelakon erkkk.

yang penting ada MA tetap ambil dia walaupunn addoooo....
Quote doubleA 5-1-2022 05:08 PM
Mulotkoyak replied at 5-1-2022 04:41 PM
Die berlakon kayu sangat. No expression. Cmne bole jd pelakon erkkk.

sebab menang dewi remaja je. memang terlampau kayu sampai iols rasa nak baling ranting kayu kat tv. jadi iols memilih utk tak tengok lakonan sheols. muka sedih ke gembira ke no expression at all
Quote EvieWanKenobi 5-1-2022 05:09 PM
apasal kalau dia berlakon muka dia stress?
Quote akuHavocczz 6-1-2022 10:18 AM
EvieWanKenobi replied at 5-1-2022 05:09 PM
apasal kalau dia berlakon muka dia stress?

tu lah tu. babak happy pun muka stress. dengan yang menengok sekali stress tegok dia.
Quote nanasno 6-1-2022 10:23 AM
apa cerita dia berlakon. anyway wow terer nya menangkap. geng2 formula ni besenya family kaya kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054439 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top