CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Difitnah Paksa Suami Ceraikan Isteri Pertama, Nora Ariffin Bersuara Isu Pemandu Lori Dituduh Mabuk

5-1-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4644| Komen: 30

Pernah menjadi mangsa fitnah di laman sosial, penyanyi Datuk Nora Ariffin terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai kejadian pemandu lori dituduh mabuk hingga merempuh tiga kenderaan di bahu jalan.


Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, penyebaran berita palsu di laman sosial boleh menimbulkan fitnah selain menimbulkan pelbagai keburukan.

Sekadar peringatan secara umum dan diri sendiri, penyanyi berusia 48 tahun ini menasihati agar orang ramai berhati-hati dan tidak menyebarkan berita tidak sahih.

Foto: IG


Dunia media sosial ni lain macam sikit. Segala-galanya cepat tersebar. Bahaya tu... sebar benda yang tak pasti.


Boleh menimbulkan fitnah dan pelbagai keburukan, selain daripada dosa. Terutama apabila menyentuh perkara-perkara peribadi dan maruah diri seseorang.

Nasihat saya kepada semua netizen termasuk peringatan untuk saya sendiri juga. Berhati-hatilah. Jangan mudah percaya dan sebarkan berita yang tidak sahih," katanya kepada mStar.



Selain itu Nora juga ada memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya pada Rabu menyentuh mengenai isu yang tular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Rela Berpisah ini berkata dia turut mengalami nasib yang sama apabila dirinya difitnah selepas mengumumkan sudah berkahwin dengan Dr Rushdi Ramli.

Namun, menurut Nora tuduhan yang dibuat terhadapnya sudah selesai selepas dia bersemuka dengan pihak berkenaan.



"Jangan mudah sebarkan sesuatu yang kita tidak pasti. Apa-apapun yang kita andai, kita rasa... biarlah kita simpan saja.

"Salah atau tidak, itu bukan hak kita untuk menilainya. Cubalah bersangka baik. Sekiranya kita tidak sengaja melakukan kesilapan, segera mohon maaflah.

"Sama kes dengan saya. Setelah bersemuka, akhirnya terjawab segalanya adalah fitnah semata-mata. Alhamdulillahhh selesai. Allah SWT lebih mengetahui," tulisnya.

Pada Selasa, tular sebuah video mmemaparkan pemandu lelaki kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.



Dalam rakaman tersebut terdengar suara seorang wanita yang menuduh pemandu tersebut memandu dalam keadan mabuk sehingga merempuh kereta di bahu jalan.

Bagaimanapun, polis mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu lori terbabit mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengesan video tular tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh pada Selasa. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 5-1-2022 09:22 PM
ok la acik nora
Quote OyaTonggek 6-1-2022 01:59 AM
meols tertinggal ketapi betol pasal acik nora ni..beliau bini bernombor kah?
Quote matbad 6-1-2022 02:21 AM
OyaTonggek replied at 6-1-2022 01:59 AM
meols tertinggal ketapi betol pasal acik nora ni..beliau bini bernombor kah?

iyaa. sgt panas ceritanya. status skrg tak pasti masih bernombor atau sudah menggungguli carta
Quote katakauu 6-1-2022 02:27 AM
kah kah kah

konon nak ulassss tp masuk juga bakul angkat
sendiri
Quote Cik_jantung 6-1-2022 07:21 AM
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 12:45 PM

...........
Quote atiqah_bea 6-1-2022 07:49 AM
Jadi memang betullah ye ostad dah ceraikan 1st wife? Tang mana yg fitnahnya?
Quote silampumeja 6-1-2022 08:53 AM
matbad replied at 5-1-2022 06:21 PM
iyaa. sgt panas ceritanya. status skrg tak pasti masih bernombor atau sudah menggungguli carta

kiranya masih tiada jawapan lah?
Quote Zezo 6-1-2022 08:56 AM
Kenapa nk tulis panjang2? Org dh lupakan kot. Lagipun, kalau dia confident and tahu dia x salah, ignore je. Hadap la, dh masuk dlm industri hiburan. Mmg pentas utk jd tontonan dan kritikan. Bising je acik nora.
Quote laksmanabentan 6-1-2022 08:58 AM
atiqah_bea replied at 6-1-2022 07:49 AM
Jadi memang betullah ye ostad dah ceraikan 1st wife? Tang mana yg fitnahnya?

haaah... semua tertanya2... betul ker da ceraikan ustazah rose tu??
Quote OyaTonggek 6-1-2022 12:06 PM
matbad replied at 5-1-2022 06:21 PM
iyaa. sgt panas ceritanya. status skrg tak pasti masih bernombor atau sudah menggungguli carta

dlm ni ade thread acik nora tak? meols nk try khatam...
Quote gigi 6-1-2022 12:08 PM
nak menjadi juara ka?? jaga llaki tu jangan control macam2 yg tua jangan dilupakan
Quote buapakperut 6-1-2022 12:08 PM
Konpius citer pasal die pulak tetiber. Sengaja Bagi perangat balik ka
Quote winky1 6-1-2022 12:09 PM
Ucap takziah cukup. Berjela tulis but it s all about your problem
Quote ghalibboy 6-1-2022 12:37 PM
Still vague..
1. Bersemuka dgn siapa?
2. Apa fitnah nya?
3. Kedudukan sebenar.
Kalau nak menjelaskan, tolong lah jelaskan dengan tepat.
Quote Nenolen 6-1-2022 12:40 PM
tak malu ker dah tua2 main IG...perghhh
Quote bbalik 6-1-2022 12:55 PM
acik yang pengsan2 masa laki mati
koser
Quote Mata.kucing 6-1-2022 01:08 PM
ckp ler ape nk ckp ko ttp penyondol
Quote slyfynx 6-1-2022 01:10 PM
So, kenapa kene bukak thread pasal komen die ni?
Aku nk gosipkan ape?
Sbb nama die ade datuk?
sbb die meratab hiba tapi last2 kawin jg?
Quote scarflicious 6-1-2022 01:13 PM
Insecure punya pompuan.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.238626 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top