Selalunya bila seorang wanita dah panik dalam situasi nak beranak, memang takkan sempat untuk fikir pasal benda lain termasuklah bagaimana rupanya waktu itu. Lagi-lagi dengan keadaan contraction yang cukup kuat sebelum melahirkan. Tapi zaman sekarang ramai di antara mereka yang masih nak kekal cantik dan berseri dengan mengenakan solekan sebelum bersalin. Menerusi satu rakaman di TikTok Nurin Afiqah, seorang wanita yang sarat hamil dilihat sedang berusaha melayan contraction dialami ketika itu. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus meneruskan sesi solekan. “Ini adalah preparation untuk bersalin…Priorities gais, this is so funny” Walaupun terpaksa berhenti beberapa kali apabila contraction tersebut datang, ‘mak buyung’ tersebut masih kekal tersenyum. Selepas itu, dengan selamba sahaja dia menyambung kembali aktiviti mengepit bulu mata seperti tiada apa yang berlaku. “Makeup tu sejenis therapy tu untuk perempuan…Bukan kita cantik-cantik untuk lelaki” Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan netizen memuji usaha wanita berkenaan yang masih ingin kelihatan cantik ketika bersalin. Dalam pada itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman hampir sama sewaktu sedang melayan contraction. Sehingga ke hari ini, rakaman tersebut telah meraih lebih setengah juta jumlah tontonan. -CARI |
kotakominami replied at 5-1-2022 11:36 AM
Org dulu pon sama sempat g kemas rumah dulu....suap makan anak2 pastu gerak g spital...cuma takde ra ...
ADVERTISEMENT