Menopaus biasanya berlaku pada wanita dewasa berumur 45-50 dan ke atas, dan menandakan berakhirnya semula jadi kitaran haid. Memikirkan tentang hal ini pasti akan membuat ramai yang gementar. Tetapi bayangkan jika ia berlaku lebih awal semasa anda masih muda dan bujang? “Semasa umur 16 tahun, saya perasan kaki saya dipenuhi oleh bintik merah dan ia sangat menakutkan” Seperti satu dalam sejuta, dunia seorang gadis bernama Corrine Bass menjadi gelap selepas disahkan mengalami menopaus pada usia 19 tahun.
Melalui cerita yang dikongsi bersama Hashtag Our Stories, beliau sebenarnya menghidap anemia aplastik yang menyebabkan kegagalan fungsi utama tulang sumsum. Menurutnya, tubuh manusia biasa boleh menghasilkan kira-kira 150,000 hingga 400,000 platelet, manakala dia hanya mempunyai kira-kira 6000 (5%). Bermula dengan simptom eritema iaitu bintik merah pada kaki, keadaan ini menyebabkan dia sangat terdedah kepada keletihan yang melampau. “Saya membuat rawatan egg extraction…Proses ini boleh bekukan telur andai kata kesuburan terjejas masa kimoterapi” Loading FB Video... Turut mengalami dugaan sama, Jacalyn Kelly tidak ketinggalan mendedahkan beberapa siri rawatan yang terpaksa dilalui sebelum membuat pemindahan sum sum tulang. Oleh kerana prosedur terbabit boleh menjejaskan tahap kesuburan, dia membuat rawatan egg extraction terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas transplan dibuat, mereka kembali pulih seperti biasa dan seakan diberi peluang kedua untuk hidup. Hal terpenting yang ditekankan adalah bagaimana kedua-duanya kekal positiif melalui fasa perit itu. Jacalyn Kelly turut mengalami masalah yang sama, dia juga tidak terlepas daripada beberapa siri rawatan yang mesti dilakukan sebelum pemindahan sumsum tulang. Kerana pembedahan itu akan menjejaskan tahap kesuburan, dia terlebih dahulu akan melakukan rawatan pengambilan telur (egg extraction) sebagai langkah pencegahan. Selepas pemindahan, mereka kembali pulih dan seakan mempunyai peluang kedua untuk terus hidup. Perkara paling penting yang perlu ditekankan ialah bagaimana kedua-dua pihak mengekalkan sikap positif semasa fasa yang menyakitkan itu. “Saya kena masa umur 5 tahun…3 kali rawatan baru berkesan…Tak jumpa penderma tulang sum-sum” Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati selepas mendengar kisah duka 2 wanita berkenaan. Bahkan rupanya, ramai yang mengalami masalah Anemia Aplastik. -CARI |
ADVERTISEMENT