CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bandi Amuk Tersingkir- Masalah Intonasi, Tak Pandai Sebut Perkataan Inggeris

3-1-2022 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4367| Komen: 28

Akibat gagal mengawal intonasi dengan baik, penyanyi rock Bandi Amuk gagal meneruskan pertandingan selepas tersingkir pada malam konsert minggu ketujuh program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung pada Ahad.


Menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, biarpun menyukai persembahan bertenaga daripada Bandi menerusi lagu I want To Break Free, namun penyanyi tersebut didapati gagal mengawal intonasi dengan baik.

Malah Bandi juga dikesan berdepan masalah untuk menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan jelas.


Foto: mStar Online

"Anda memang istimewa dalam lagu dan muzik. Apabila orang dengar suara je dah tahu Bandi sebab dah memang trademark. Saya suka persembahan ini.


"Namun memandangkan ini adalah pertandingan, banyak elemen yang perlu kita pastikan betul. Pertama, intonasi main peranan yang sangat penting dalam pertandingan. Pada saya, abang kena dengar dan terbuka sedikit untuk pendengaran pada intonasi.

"Kemudian semestinya isu diction atau kejelasan sebutan perkataan perlu diperbaiki,” kata Syafinaz.

Sementara itu penyanyi Nikki Palikat terus menyerlah apabila mendapat markah tertinggi iaitu 72.30 manakala Aliff Aziz, 71.90 dan Suki Low di kedudukan ketiga dengan markah sebanyak 69.70.

Selain Syafinaz, kesemua peserta diadili dua lagi juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang selain penyanyi dan komposer M. Nasir sebagai juri jemputan.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Pada minggu ini Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dimenangi oleh Adibah Noor manakala pemenang Bintang Cuckoo Paling Gempak jatuh kepada Suki Low.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-1-2022 12:18 PM
Dah boleh berehat dah bangdi.... Top 3 dah nampak dah artis-artis senior zaman program realiti, Suki (OIAM), Nikki (Malaysian Idol), Aliff Aziz (Anugerah/Singapore). Maybe diorang memang born fighter dalam industri. Yang lain-lain feeling buat persembahan minggu Hiburan Minggu Ini je.... tu yang leman-leman je relaks...
Quote cikgojesss 3-1-2022 12:25 PM
good bye bandi suriaty
Quote 3480 3-1-2022 12:26 PM
prince_marhaen replied at 3-1-2022 12:18 PM
Dah boleh berehat dah bangdi.... Top 3 dah nampak dah artis-artis senior zaman program realiti, Suki ...

Aweera pon.. oiam
Quote prince_marhaen 3-1-2022 12:31 PM

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA... cuba suruh dia sanggul rambut tu, buat aksi nasi tangas...mesti papa Azeri Yiskadar keliru mana satu bini dia...betul lah sama dengan Yelly Suriaty
Quote prince_marhaen 3-1-2022 12:32 PM

kan... Aweera pun... harap2 pandai la jaga attitude kalau naik balik lepas ni... jangan acah-acah rebel sangat...bakat masih bersisa tu.
Quote slyfynx 3-1-2022 01:21 PM
Pasni reveal markah juri sorang2
Hahahah, baru tau sape yang berair sambil mendengar penyanyi nombor 2 sentiasa
Quote JiEunTak 3-1-2022 01:25 PM
sorry bandi
semalam aku laki aku ngan anak2 suma tergelak lalu ketawa berdekah dekah tgk hang menyanyi....
sumpahhh xtau apa dia yang hang nyanyi
Quote kucingitam 3-1-2022 04:48 PM
bagus pun keluar...seksa dgr lagu sedap jadi gitu dia nyanyi..aku perasan dia ni mcm suka buat muka sentap bila kena bahan dek nabil atau bila juri bagi komen..
Quote nakkomenjugak 4-1-2022 03:03 AM
heheheh bandi suriatyyyyyy
hahahahahhahaha
shial laaa uolsssss!
Quote kiah_mai_pulak 4-1-2022 03:31 AM
dh lah tu nak menyanyi.. lepas ni buka je topeng tu then pegi berlakon, mcm lah kita ni tak tahu dia tu elly suriati. kann??
Quote hangdenim 4-1-2022 04:09 AM
kucingitam replied at 3-1-2022 04:48 PM
bagus pun keluar...seksa dgr lagu sedap jadi gitu dia nyanyi..aku perasan dia ni mcm suka buat muka  ...


Memang sentap kan bila org suruh bukak molot tu. Dia kata lepas ni penyanyi yg ade identiti nyanyian mcm dia better takyah masuk. Takyah sacrifies kan trademark semata for gv. Iols rephrase yach, ikut pemahaman. Ayat sebetolnyah boleh tengok hlive, sekians.
Quote che-cikL 4-1-2022 04:41 AM
Kus semangat, seimbas baca ingat Bandi mengamuk sebab tersingkir.
Quote dudaberhias 4-1-2022 04:58 AM
selamat tinggal bandi suriaty muka caprut tak boleh terima kritikan...

alhamdulilah akak syukur heols tak dapat ke final sebab katanya kalau dapat ke final dia akan buka topeng dia...

ternyata tuhan tu maha pelindung lagi mengasihi umat2nya supaya tak kena mimpi ngeri...
akak tak sanggup nak kutuk orang tua dik... mujur heols terkeluar...
Quote dudaberhias 4-1-2022 05:04 AM
Cleocatra replied at 4-1-2022 03:54 AM
Memang dia tak bole orang komen, tak reti nak sambut bila orang lain buat berlawak
Tok pinaz ada k ...

Mesti kaki gini pun boleh masuk kan kalau dia kata kasut pun boleh masuk..


Quote stingerkitkat 4-1-2022 05:21 AM
Cleocatra replied at 4-1-2022 03:54 AM
Memang dia tak bole orang komen, tak reti nak sambut bila orang lain buat berlawak
Tok pinaz ada k ...

Dia tak boleh org komen? On the contrary...let's listen in...

[youtube]WTo5r3LujqM[/youtube]
Quote stingerkitkat 4-1-2022 05:36 AM
prince_marhaen replied at 3-1-2022 12:32 PM
kan... Aweera pun... harap2 pandai la jaga attitude kalau naik balik lepas ni... jangan acah-acah  ...

Fanzmaniacs  aweera will respond to this...
Quote tikusmontok 4-1-2022 07:13 AM
dudaberhias replied at 4-1-2022 05:04 AM
Mesti kaki gini pun boleh masuk kan kalau dia kata kasut pun boleh masuk..

Adoyai...kembang tekak
Quote asfaz 4-1-2022 07:17 AM
hangdenim replied at 4-1-2022 04:09 AM
Memang sentap kan bila org suruh bukak molot tu. Dia kata lepas ni penyanyi yg ade identiti nyanyi ...

Muss leklek aje kan. Lagu Yuna tu kenangan sungguh. Takleh bayang kalau bandi yg bawak. Mau diyeahyeahkan lagu yuna tu
Bamjatt pun sama. Walaupun tak jadi juara tpi diaorg top3 masa final. Dpt pengalaman diaorg cakap.
Ada org komen, dia dah tua nak lawan dgn org muda. Ehhh ayai tu siap juara lgi.
Quote stingerkitkat 4-1-2022 08:07 AM
asfaz replied at 4-1-2022 07:17 AM
Muss leklek aje kan. Lagu Yuna tu kenangan sungguh. Takleh bayang kalau bandi yg bawak. Mau diyeah ...

Kalau setakat timba pengalaman, tapi tak masyuuuuukkkk tiap minggu...ko ghaser?

Kahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.093799 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top