|
Petaling Jaya – “Kirim salam kepada cousin (sepupu) di Kansas. Semoga sihat sejahtera dan dijauhi dari Covid-19. Itu antara ciapan sinis Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Twitter sebagai respon ke atas satu status yang dimuat naik seorang pengguna laman tersebut hari ini.
Menerusi status terbabit, pengguna Twitter itu mendakwa bahawa di US (Amerika Syarikat) kerajaan tidak memaksa penduduknya memakai pelitup muka dan suntikan vaksin. Susulan perkongsian terbabit, rata-rata netizen mengecam pengguna Twitter terbabit dan berharap agar sepupunya itu berada dalam keadaan selamat di US.
“Cousin (sepupu) okay tak tu kat Kansas? Ke kena Covid sebab tak cucuk?,” ciap @karlrosli. Turut meninggalkan ciapan adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @maverickbobo. “Kat US boleh kira tak berapa kes harian dilaporkan, berapa kes kematian, dan bagaimana keadaan frontliner kat sana?Kenapa kau masih kat Malaysia dan tak berambus lagi ke US?,”ciapnya. Pada masa sama, Khairy turut memuat naik beberapa keratan akhbar dan laporan di media asing berkaitan penularan varian Omicron di Amerika Syarikat yang telah menyebabkan peningkatan kes secara mendadak. Sebelum ini akhbar melaporkan, Amerika Syarikat mengalami peningkatan Covid-19 kes harian tertinggi sepanjang sejarah dengan 525,763 kes ekoran penularan varian Omicron. – CARI Sumber: Kosmo
|
Moyangkucing replied at 3-1-2022 04:16 PM
Menteri pun banyak masa dan hadap nak balas tweet sambil perli2 rakyat sekarang eh?

sama spesis la nilurkingaround replied at 3-1-2022 02:47 PM
.
Sekarang musim sejuk la = kes harian Covid cecah rekod di USA dan Eropah itu normal, sama spt musi ...

ketambangkang replied at 3-1-2022 12:58 PM
team lano nodin le ni
abangbikerz replied at 3-1-2022 08:33 PM
woitt kau xjawab lg soklan. celah mana kau kutip citer kt usa xde contact tracing tu. kau kutip kt ...
Skuau replied at 3-1-2022 02:54 PM
Kirim salam buat apa??? Kirim la duit....
ADVERTISEMENT