CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Perhati Dari Jauh, Sharul Kamal Kahwini PR Syarikat Rakaman

3-1-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2530| Komen: 6

Dalam diam, rupa-rupanya penyanyi Sharul Kamal sudah bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Raihan Amilin pada petang, Sabtu.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Sharul berkata dia sudah lama memendam perasaan terhadap isterinya yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di syarikat rakaman Rusa Music Sdh Bhd.

Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman berkata dia akhirnya beranikan diri menghubungi Raihan Amilin selepas bertemu di program Immortal Song pada Oktober 2020.


Foto: mStar Online

"Saya tak pasti bila kami mula bercinta tapi kami dah kenal sejak 2012 di sebuah acara hiburan. Tapi waktu itu, sekadar tegur saja.


"Ikutkan saya memang dah lama pendam perasaan suka pada dia. Lama juga saya perhatikan dia. Tapi tak berani nak luahkan perasaan.

"Tapi saya beranikan diri untuk ajak dia keluar, selepas bertemu dengan dia di program Immortal Song. Ketika itu, dia bawa Floor 88," kata Sharul kepada mStar.



Sharul sah menjadi suami kepada Raihan Amilin atau mesra disapa sebagai Amy dengan sekali lafaz pada 3.30 petang, Sabtu di Masjid Kota Raja, Klang.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung pengantin perempuan, Mohd Roszaimi dengan bersaksikan jurunikah serta dua orang saksi.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia 2015 ini memberitahu keluarganya sudah menghantar rombongan merisik pada 27 April 2021.

Manakala pada 3 Disember tahun lalu, Sharul mengikat tali pertunangan dengan Amy dalam sebuah majlis tertutup.


Foto: IG

"Sebenarnya kami tak suka pun nak heboh-heboh. Sebab itu waktu merisik dan bertunang itu tak ada orang tahu.

"Mula-mula ingat tak nak heboh pun, tapi fikir soal kahwin ini lebih baik kita beritahu. Alhamdulillah, akad nikah berjalan dengan lancar.


Foto: mStar Online

"Sejujurnya memang berasa gemuruh juga sebelum nak nikah tapi syukur semuanya sudah selamat dan saya sah menjadi suami," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 3-1-2022 11:40 AM
minat dgn shahrul ni lepas tengok immoratal song he oll rockkan lagu lama. selamat penantin baru dek
Quote Shazid 3-1-2022 12:07 PM
Selamat pengnatin baharu
Quote Nenolen 3-1-2022 10:12 PM
Selamat Pengantin Baru!
Quote Ayda89 3-1-2022 11:27 PM
SPBSKHKJ
Quote babelina 4-1-2022 03:39 PM
Sharul ni berbakat.. blakon pn pandai.. hrp2 dia makin berjaya la.
Quote chekacheku 4-1-2022 03:42 PM
Till jannah ye adik2

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.120341 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top