KENYA - Polis Kenya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka baru-baru ini mengumumkan akan menggunakan kereta buatan Malaysia, Proton X70 sebagai kenderaan rasmi anggotanya. "Proton X70 akan membawa gaya terbaik, kestabilan hebat dan keselesaan untuk Perkhidmatan Polis Negara semasa mereka melaksanakan mandat." kata polis Kenya seperti mana dipetik dari Remaja.my. Warna Proton X70 yang digunakan oleh polis Kenya didatangkan dengan dua warna gabungan hijau lumut dan merah dibahagian bumbung serta biru dan putih dibahagian bumbung. Kedua-dua warna ini tidak terdapat di Malaysia.
Sejak gambar-gambar itu dimuat naik 19 November lalu di Facebook Proton Kenya, hantaran tersebut menerima banyak reaksi positif dari warganet. "Tahniah kepada pasukan Polis Kenya. Semoga kereta Proton X70 yang baru ini meningkatkan lagi kecekapan servis kepada komuniti," komen salah seorang warganet. Komen warganet lain pula "Wow kami tidak memiliki warna tersebut di Malaysia. Ini sesuatu yang istimewa. Selamat maju jaya kepada pasukan Polis Kenya dengan Proton X70". Sekadar info, PROTON berjaya mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan pada bulan Mei 2019 dengan sebanyak 10,611 unit kenderaan terjual. Penyumbang utama kepada pertumbuhan kukuh itu ialah model X70 yang berjaya dijual sebanyak 2,439 unit dijual pada bulan Mei. Model ini merupakan model pertama dihasilkan oleh PROTON dan Geely yang dilancarkan pada Disember 2018. - CARI |
saden: Wow! Tingginya orang Kenya. X70 yang SUV tu pun setakat paras bahu dia je
STONER replied at 31-12-2021 10:49 PM
belah2 sana memang tinggi..adik botak pun panjang dah serupa belalai anak gajah.abang peratikan je ...
saden replied at 31-12-2021 08:44 PM
Wow! Tingginya orang Kenya. X70 yang SUV tu pun setakat paras bahu dia je
babyLON. replied at 1-1-2022 05:05 PM
wei tengok la lantai dorg berdiri tu mcm mana lepas tu tengok tayar kereta tu
STONER replied at 31-12-2021 10:49 PM
belah2 sana memang tinggi..adik botak pun panjang dah serupa belalai anak gajah.abang peratikan je ...
mbhcsf replied at 1-1-2022 07:56 PM
hahahahahahahahah this is hilarious....
mule2 i tengok bahu and level kepala depa then bila ...
ADVERTISEMENT